meh klik kat sini!!!..

Rabu, 31 Disember 2008

Special Edition Siap!!!!






He3..Ops ''Special Edition'' Dah Pon Siap..Inilah Hasil Yer …Tuan Punya Baju bila2 free bleh jumpa ujie ek...Baju Dh Siap...Panas Lagi Ni Tau Sbb Baru Lepas Print...


.............................................................................................




Ha..Yang Baju Hijau Ni Design Baru…Baju Khas Untuk Hari Special Kita Org..He3 ''Sulaman Kasih 09'' (Sesuai Tak) Dah Siap Pon Tunggu Tuan Punya Badan Je Pakai…Empunya Baju Harap Bersabo Sbb Baju Ni Kena Simpan Dulu Sehingga Tarikh Keramat Ni 14/2/2009 Sorry La Ek..Tersiap Awal Lak..He3 Tungguuuuuu!!!!

AzaM 08/09


20/4/2008- Aku Tinggalkan Selangor(Lokasi Dirahsiakan) Tinggalkan Semua Kenangan N Harta Denda Yang Aku Ada Di Sana Untuk Mencari Kebahagian Hidup.N Perbaiki Segala Kelemahan Diri…
Pada Hari Yang Sama,Aku Berjumpa Dgn Sorang Insan Yang Sudi Memimpin Ku.Bersama2 Mengubati Sedihan Dan Kedukaan.(Ops..Cinta Pandang Pertama Lokasi Perjumpaan Mid Valley he3)

18/5/2008- Menerima Ahli Baru Dalam Keluarga Ku…(Kakak Ipar) So Jumlah Ahli Kelurga Ku bertambah menjadi 18Org sekarang…(Tahun Depan Tambah 2Org Lagi He3)


19/5/2008- Sehari Slepas Abg Aku Diijab Kabul Aku Dilamar N Terus Bertunang Dengan Jejaka Yang Aku Jumpa 20/4/2008 (jejaka yang berjanggut n bermisai tu he3) Atas Restu Mak, Abah N Family..(Merasa Gak Aku Dok Atas Pelamin He3)


9/6/2008- Aku Berhujrah Ke Melaka Dengan Tujuan Nak Cari Ketenangan..He3 Lokasi Di Pantai Puteri Melaka..N Sambil2 Tu Aku Berkerja Di Klinik Sebuah Kilang Kain “Recron (M) Sdn Bhd” Kontrak Jer…

27/8/2008-Berhenti Kerja Di Kilang Recron Atas Sebab2 Keselamatan Dan Start Belajar Uat Printing Tshirt Dengan Kemahiran Yang Ada Pada Si Dia.

1/10/2008
-Hari Raya Yang Bermakna Dalam Hidup…Sbb Aku Dpt Kembali Bersama Family Setelah Bertahun-Tahun Sibuk Dgn Dunia Ku Sendiri.

1/9/2008-Makin Aku Lari Dari Selangor Ni,Makin Dekat Lak Selangor Ni Dlm Diri Aku..Hai…X Dpt Den Nk Lari…Kena Tabah..Teruskan Kehidupan Ni Kerana Ada Kebahagian Yang Menanti ..Yer… Aku Kembali Ke Selangor Atas Sebab2 Tertentu…

13/10/2008- Start Kerja Sekarang Ni..(Insurans) Sambil2 Tu Teruskan Bisnes Bersama Si Dia.

4/11/2008-Mak Cik Ku Selaku Jiran Sebelah Umah Ku Meninggal Dunia …Sedih Yer Dia Beria Sangat Nak Jumpa Aku..Saat2 Akhir Yer Ada Meyebut Nama Ku..Aku Pulak X Dapat Balik K Kg Sbb Aku X Dpt Mecutikan Diriku..(Al-Fatihah Semoga Roh Yer Ditempatkan Dlm Golongan Org2 Yang Beriman)

24/12/2008
-Sonok2 Dpt Jumpa Kwn2 Yang Terpisah 7 Thun Yang Lalu…Syok Yer!!!

31/12/2008- hari ini... hari @ tahun terakhir bagi ku hidup sebagai org bujang he3

P/S : Peristiwa2 Lain Aku X Mau Crita Lagi Sbb Ini Lah Kehidupan Baru Ku….
Tahun 2009 Menanti Dengan Sejuta Dugaan Dan Yang Pasti Yer Aku Sudah Bersedia Menghadapi Yer…

Azam Tahun 2008 Aku Dah Berjaya Ku Capai (Mencari Kebahagian)…Sekarang Melangkah Untuk Azam 2009… (Mencari Kebahagianan Jugak)..He3 Sbb Kebahagiaan Lah Yang Membahagiakan Orang2 Di Sekelilingku…Hidup Aku X Perlu Kekayaan Yang Melampau Cukup Sekadar Ada...(Kesederhanaan)...Harta Aku Adalah Keluarga N Kebahagiaan…Aku Ingin Disayangi Bukan Dibenci Kerana Kebencian Yang Meragut Segala Kebahagiaan…

Semoga Azam Korang Tercapai –Amin-


*ujie*

Selasa, 30 Disember 2008

Lelaki @ Perempuan??


Ha..Aku Mmg Suka Crita Pasal Sale Ni…Bkn Suka Membeli,Tp Suka Mendengar N Melihat.Sekarang Ni Akhir Tahun..So Sana Sini Sale..Kuar G Mana2 Semua Yer Sale…Tp Persoalan Yer Lelaki Atau Perempuan Yang Suka Shopping Ek?Entah La Aku Pon Kadang2 Pelik…



2 Hari Lepas Aku G Mid Valley Dgn Tujuan Nak Ronda2 Jer..Adoi..Ramai Yer Orang…Perjalanan Aku Terbantut Sbb Aku Rimas Dalam Keadaan Yang Sesak Macam Tu…Pening Kepala.Setiap Kedai Yang Aku Lalu Semua Ada Sale..Penuh Giler Kedai Tu.Ops..Bukan Cemburu Tp Hairan Jer..Hehehe…Sbb Aku Bkn La Kaki Shopping..Bkn Tabiat Aku Nk Bershopping, Bukan Kedekut Tp Membezir Tu Kan Amalan SYAITAN.Mmg La Nak Tunggu Beli Barang Time Sale Ni Je La Yg Murah .


Tp Yang Aku Tengok Terlebih Over Pon Ada…X Cukup Tangan Nak Bawak..Kecian En.Abg Kat Belakang He3

Suka Bebenor Aku Tengok Gelagat Org Bershopping Ni..Yang En.Abg Ikut Jer Belakang Dgn Muka Yang Benggang…Hu3

(Petikan Yang Ni Aku Curik Dari Sapa Tah Aku Pon X Kenal He3)

Bagi Sesetengah Orang, Tabiat Membeli-Belah Boleh Menjadi Tidak Terkawal Dan Mereka Ini Sebenarnya Menghadapi Apa Yang Dikenali Sebagai Oniomania.
(Peyakit Tu)Hahaha…

So Sapa2 Yang Ada Mengidap Penyakit Tu G La Berubat Sendiri.Ubat Yer Ada Pada Diri Sendiri.X Yah Jumpa Doctor..Klau Jumpa Doctor,Doctor Pon Pening.Sb X Tahu Nak Bagi Ubat Ape..Ha3…

Nasib Baik Aku Bkn Jenis Begitu…Selamat La Poket Bakal Husband Aku Tu…Hahaaha.
Tp….Malang Yer Dia Pulak Yang Suka Bershopping Uwaaaa…..X Kan Aku Nak Tlg Bawak KanTroli Tuk Dia Lak Uwaaa…


*ujie*

Isnin, 29 Disember 2008

Berjanggut & Bermisai


Kejadian Ni Hampir 9tahun Yang Lalu...

Masa Tu Umur Aku Baru 15tahun..Sekolah Form3.Biasa La Kan Nak Exem PMR Masa Tu Banyak La Program Motivasi Yang Perlu Aku Ikut...Kira Wajib La.Klu X Kena Denda La Jawab Yer..

Dalam Banyak2 Program Yang Aku Ikut Tu Ada 1 Kejadian Yang Aku Ingat Sampai Sekarang..

''Program Motivasi Minang' Anjuran Universiti Teknologi Malaysia...Masa Tu Mmg Ramai La Budak2 U Yang Datang Jd Pelatih Kita Org...Dalam Satu Sisi Tu Setiap Peserta Dikehendaki Mengisi 1 Borang Yang Disediakan...Antara Butiran Yang Perlu Diisi Adalah

Nama:
T.Tahir:
Cita2:
Lelaki Idaman:
Hobi:
N Lain2 La..Aku Pon Dah Lupa..

Ha..Yang Lain Aku Isi La Macam Biasa La..Tp Bab Lelaki Idaman Tu Aku X Tahu Nak Jawab Ape..Hehe(Sbb Aku X Penah Lagi Meyukai Mana2 Lelaki Almaklum La..Budak Baru Nak Mgenal Dunia.He3)

Tanpa Berpikir Panjang Aku Letakkan Jawapan Di Ruangan Lelaki Idaman " Yang Bermisai N Yang Berjanggut''..Aku X Terpikir Langsung Yang Benda Tu X Ada Ape2 Makna Yer..Adoi..X Sangka Nama Aku Dipanggil Sbb Pelatih2 Tu Nak Tahu Kenapa Aku Pilih Yang Berjanggut N Bermisai..Dgn Malu Yer Aku Menjawab..Sbb Bermisai N Berjanggut Tu Hensem..He3 Semua Yang Ada Kat Situ Gelakkan Aku...Malu Yer!!

Ha..Akibat Dari Kata2 Aku Tu, Mungkin Satu Doa..N Sekarang Melekat Lak Dgn Jejaka Yang Berjanggut N Bermisai.Ops Ada Jambang Lg Lak Tu.Adoi..X Dapat Den Nak Lari...Jodoh Agak Yer..Mmg Betol Orang Kata...Setiap Apa Yang Kita Ckpkan Tu Adalah 1 Doa.He3..

Pengajaran Tuk Diri Aku..Kalau Nak Bercakap Tu Pikir2 La Dulu...




*ujie*

Ahad, 28 Disember 2008

Kerja...Kerja...Kerja...



Orang Lain Tgh Sonok Bercuti..Aku Lak Kena Kerja……Uuuwaaa….

Ni Sbb Nak Bayar Utang Cuti Puya Pasal La Ni Sb Banyak Sangat Bercuti Hari Tu.(Padan Muka Aku)…Haiiii…Terpaksa Lah Aku Berkerja Di Hari Minggu.Hari Yang Sepatut Yer Aku Beriadah & Bersantai…

Pe Leh Uat…''Bertindak Mengikut Arahan''..

Arahan Sapa Ek..

Arahan Bos Aku Ler…

Bos Aku Bukan Jer Garang Pon.Dia Ok..Kat Sini Aku Keja Berdua Saja Dengan Bos Aku ..Tak Ada Staf Lain Selain Aku Dan Dia.He3…

Yang Aku Happy Sangat Keje Kat Sini Walaupun Gaji Ye Ciput…X Da La Tension Sangat.Keje Pon Dekat Gan Umah..Makan Pon Free…G Keje Bawak Kunci Opis Gan Handfon Jer.Hehehe…Masuk Keje Kul 9PG, Kul 8.50PG Aku Kuar Umah..Balik Kul5.30PTG Sampai Umah Kul 5.30PTG..Heheh..Aku Selalu Kuar Awal..Hehehe…

Dalam Banyak2 Pengalaman Berkerja, Kerja Sekarang La Yang Paling Meyeronokkan…Sbb Aku X Penah Kena Marah Gan Bos…Cara Teguran Yer Tu Betol2 Uat Aku Menghormati Yer. Walaupon Kerja X Ada, Aku Tak Pernah Lagi Tido Di Opis Ni Tau…Sbb Aku Bkn Jenis Suka Tido Di Siang Hari..:-)

He3 Bos Aku Baru Masukkan Line Internet Untuk Aku Guna..Dia Guna Celcom Broadband & Aku Guna Maxis Broadband ..Ops..Bukan Aku Yang Minta Tp Dia Yang Bagi…Sbb Senang Untuk Dia Tak Ada Selalu Di Opis He3...

So..Kesimpulan yer..''selagi belom tutup mata, kerja...kerja...kerja...''





*ujie*

Jumaat, 26 Disember 2008

Special Edition....

sambil dok menung2 ni...timbul lak niat di hati untuk uat tshirt seperti foto kat atas tu. desgin tu ujie ambik kat blog ni gak..hehehe..memandangkan member ujie pon dh ramai..nak la uat lain dr yang biasa..x de award..award lain kali ek..he3...kira baju ni ujie print sendiri dengan kemahiran sendiri la..so..nak bagi kat korang free mmg x larat..ramai bebenor.tunggu la den kayo...yang dh tempah awal pon ader.tp member dekat sebelah umah je la ni..emm..x mau letak harga lg..korang la yang bg harga...baju ni tanda persahabatan yang kita dah jalinkan di alam maya ni..walaupun x bersua muka,tapi ada tali silaturahim yang terjalin...kalau ujie letak 1 baju Ringgit Malaysia 8 sahaja amacam?tp korang mesti pelik kan dgn harga tu..tp itulah kenyataan yer..kalau x mau baju, buttun badge pun leh uat..emmm..korang klu ada idea,leh la kongsi..

ujie bukak order...sila2 la sapa2 yg berminat.

--> kuantiti tiada had
--> kualiti terjamin
--> yang dekat dgn ujie,leh la penghantaran percuma.yang jauh kenalah pos ek.
--> hantar email kat ujie ti ek

ctroziahmdsom@yahoo.com



*ujie*

Pantang Larang???



korang sudah bertemu pasangan yang serasi dengan korang?atau dh melayari alam perkahwinan?he3 nak kongsi la ape yang aku baca ni mana tahu leh uat panduan tuk aku & member2 yang lain kan..pe yang aku baca ni pasal pantang larang bakal pengantin.bab kawen2 ni mmg aku suka dgr.eh..crita pasal kawen lak ek.mcm kita lak yang nak kawen huhu..layan jer la…

Bagi yang bertunang atau bakal bergelar raja sehari, ada banyak pantang larang yang harus diikuti.Dalam masyarakat Melayu, sebaik ditetapkan hari perkahwinan, bermakna bermulalah pantang larang buat bakal mempelai itu.ape tu orang panggil..''Darah Manis''…x gitu?Apa yang ditetapkan harus diikuti demi kebaikan diri mereka. Orang Melayu yang terkenal dengan adat resamnya yang tinggi mempunyai amalan tertentu untuk kebaikan semua pihak.

Ia bukanlah menjadi kewajipan tetapi satu budaya masyarakat Melayu. Walaupun bakal pengantin masa kini jarang mengamalkan petua itu, tidak rugi jika ia diikuti.(aku tergolong dalam golongan yang tak mengikuti pantang larang ni he3)

Cuba selami betul-betul supaya anda dapat mendalaminya. Jika korang merasakan ia bersesuaian, mungkin korang bersetuju dengan apa yang dikemukakan. Jika sebaliknya, abaikan saja.(bukan semua yer leh pakai kan..ikut logik akal la ek)

· Jangan keluar dengan pasangan selama 40 hari sebelum diijab kabul untuk mengelakkan tohmahan masyarakat. Selain itu ia bertujuan untuk mengawal nafsu. Ia juga untuk menimbulkan perasaan rindu dendam. Perasaan yang timbul akan membuatkan wajah pengantin lebih berseri.(ha…yang ni no komen.x jumpa 40hari?try dulu ler...huhu)

· Jangan tidur di rumah orang takut terkena ilmu. Ia juga adalah untuk menjaga nama baik keluarga. (he3 klu g umah org x yah tido..klu x sempat nak blik g la sewa otel x pon g la tumpang tido kat mesjid)
· Jangan bebas keluar ke mana-mana kerana takut disantau oleh mereka yang mempunyai niat tidak baik. ( mcm mana ni ek..nampak yer dok umah je la )
· Jangan makan nasi dengan gulai berkuah beberapa bulan sebelum naik pelamin bagi mengelakkan perut buncit.(kalau mmg dh buncit macam mana lak..huhu)
· Elakkan makan ulam yang berbau busuk seperti petai dan jering.(emm..ni aku x phm knape lak x leh mkn??sapa nak tolong jawab?)
· Jangan bercermin terutama selepas Maghrib ke atas bagi mengelak diri dari terkena sihir.(sihir?emmm zaman sekarang pon org main sihir2 ek)
· Jangan membuang air kecil dan air besar serentak di dalam air contohnya dalam sungai, kolah kerana ia boleh melemahkan organ seks.(tandas banyak..x da alasan nak buang benda itu semua kat tempat mcm tu he3)
· Elakkan mandi malam kerana tidak elok untuk sendi-sendi.(ni mmg aku ikut dr dulu..bising mak aku kalau aku mandi mlm2)
· Kawal makan iaitu sekali makan setiap hari (mengikut sesetengah adat). (lapo la mcm ni..seksa ni..aku kuat makan..)
· Kaum lelaki elakkan memakai seluar dalam yang ketat pada waktu malam dan tidur meniarap kerana tidak bagus untuk organ seks kerana darah tidak mengalir.(ni no komen sbb aku bkn lelaki..he3)
· Elakkan terlalu banyak makan makanan laut kerana ia mengandungi banyak toksid.(tu la makanan kegemaran aku…)
· Tiga bulan sebelum berkahwin, mula membuat urutan supaya pengantin mempunyai tenaga yang cukup sebagai persiapan.(urut?hehehe..)
· Amalkan makan telur ayam kampung dua kali seminggu yang dicampur madu dan lada hitam yang ditumbuk untuk menambah tenaga. (eee…aku x suka mkn telo ayam)
· Bagi mereka yang banyak angin, minum air halia untuk membuang angin. (ni aku selalu amalkan he3)
· Belajar ilmu rumah tangga daripada orang yang berpengalaman dan sudah berkahwin tentang rahsia memikat isteri supaya rumah tangga aman dan damai. (ni kena taya mak aku la cara nak pikat suami he3)
· Cukupkan waktu tidur tujuh hingga lapan jam sehari. (hari2 aku x cukup tido…)
· Elakkan minum minuman keras dan merokok. (mmg aku tak uat benda ni..myb bakal suami aku kot yg merokok,tu pon aku rasa dia nyorok2 bila merokok..)
· Elakkan terkena cahaya matahari kerana dikhuatiri hitam dan tidak berseri pada hari perkahwinan. (ni yang payah ni..dah mmg aku hitam hahaha)
· Banyakkan baca surah-surah bagi mengelakkan gangguan syaitan. Sentiasa mengingati Allah. (amalan yang selalu dibuat)
· Jangan makan sebebas-bebasnya kerana ketika ini sistem dalaman tidak stabil. (aku kuat makan..macam mana nak control ni)
· Jangan terlalu terdedah kepada keluarga lelaki (simpan diri). (ok…aku simpan dalam peti besi)
· Jangan berembun atau keluar malam bagi mengelak unsur jahat. (yang ni boleh ikut sbb x elok anak dara kuar mlm kan he3)

· Jika sudah nikah gantung tidak boleh bersama. (ni kes teruk…dah nikah x leh bersama..seksa kat pasangan ni..elak lah nikah gantung ek .hehehe)
· Jangan buat kerja yang berat kerana apabila pengantin membuat kerja berat, dia akan berasa penat dan mudah terjadinya gangguan emosi. ( nama pun raja mana leh uat keje he3)
· Sebelum menjadi pengantin, katil kelamin tidak boleh ditiduri oleh pengantin kerana tidak manis. (kena tidur kat lantai la nampak yer…)
· Lempar baju di atas bumbung rumah tanpa diketahui orang lain bagi mengelak hujan turun ketika majlis berlangsung. (akak aku buat la benda2 gini dulu masa dia kawen..emmm…no komen..)
· Dilarang memandang cermin ketika disolek kerana dikhuatiri hilang seri. (nampak yer x berbedak la aku..)
· Kedua pengantin dilarang bercakap ketika bersanding kerana kurang manis dipandang tetamu. (kalau dah kat atas pelamin bisu seribu bahasa la…he3)
· Jangan makan leher ayam nanti dikhuatiri kepala senget masa bersanding. (ha..yang ini aku suka sangat&selalu dgr…dulu kecik2 mak aku larang makan leher ayam sbb benda ni la..tp sekarang nak mkn pon mak x nampak he3)

Haiii….larat ke kalau aku nak ikut semua pantang larang ni…banyak btol pantang larang yer…..alahaiiiii…… yang nak bertunang @ yang baru bertunang....Selamat Bertunang....n yang baru @ akan berkawen tu Selamat Pengantin Baru @ yang dh lama berkawen Selamat Pengantin Lama la yer..hahahaha...n yang x kawen2 lagi sabo je la ek...



Khamis, 25 Disember 2008

Harapan Ku...




Semalam…
Adalah hari yang paling bermakna bagi ku…
Kenapa?
Adakah aku berjumpa dengan jejaka idaman ku?
Atau aku dilamar?
Emm..semua yer tidak…
bermakna krn….

Aku...
Berpeluang jumpa kembali teman2 lama yang bersama-sama melalui zaman kanak2...
Sama2 bermain pondok2…
Sama2 mandi di sungai...
Sama2 pergi ke sekolah.. .
Sama2 didenda cikgu…
Sama2 mencuri buah jiran sekampung…

Alahaiiii....terlalu banyak kenangan untuk aku ceritakan….yang pasti ye setiap kenangan itu terlalu manis untuk aku buang..
Aku tak tahu kenapa aku perlu mencari mereka…
Mungkin kenangan silam terlalu meyeronokkan…

& begitu sukar untuk aku lupakan
kenangan itu pasti ye tak dpt aku rasai sekarang…

Biar beribu tahun umur ku,kalian adalah kenangan yg terindah bagi ku…


"Setiap Pertemuan Pasti Ye Ada Perpisahan"

Tp melangkah ye aku meninggalkan teman2 ku..dengan 1 harapan...

"Setiap Perpisahan Pasti Akan Ada Pertemuan"

.......................................................................................................................................................
Khas Buat Mu Teman…

Teman,
Kejadian hari ini telah mengajarku
Apa erti persahabatan yang sejati
Peristiwa hari ini telah membuka mataku
Apa erti persahabatan yang sebenar

Pertempuran hari ini telah menyedarkanku
Kepekaan terhadap perasaan seseorang
Amat genting dalam sebuah persahabatan
Perselisihan hari ini telah menginsafkanku
Dari melukai perasaan teman

Bertahun lalu ku mengenali dirimu
Tidak cukup untuk mengenal isi hatimu
Aku tidak berhak menegurmu
Kerana diriku belum tentu
Lebih mulia darimu

Aku kehausan
Kemaafan darimu
Persahabatan ini terlalu mulia
Tidak sanggup ku lihat ia
Ditimpa bencana

Ya Rabbi.
Berkatilah persahabatan ini
Jernihkanlah sebarang kekeruhan
Muliakanlah insan yang ku panggil Teman, Sahabat & kawan.


*ujie*

Rabu, 24 Disember 2008

Bila Aku Jatuh Cinta...




Bila seseorang jatuh cinta ketika dia sedang berduka kerana kehilangan kekasih hati maka cinta yang tercipta itu bukanlah cinta sebenar melainkan hanya seperti ubat khayal yang bertindak sementara sahaja dan kemudian akan merosakkan hatinya dua kali ganda malah berganda-ganda lagi selepas itu…kerana sesungguhnya aku boleh menipu orang lain tetapi bukan hati aku sendiri.


Amat mudah untuk aku membuka pintu hati kepada seseorang tetapi teramat sukar untuk aku menutup kembali pintu hati kita kepadanya selepas itu.Betapa indahnya apabila aku mencinta seseorang walaupun dia tidak membalas kembali cintaku. Tetapi betapa bencinya hati apabila seseorang begitu mencintaiku tetapi aku tidak menyukainya walau sebesar zarah pun. aku tahu… perasaanya sama seperti perasaan aku… ingin mencintai walaupun tidak dicintai. aku seharusnya mengHormati perasaannya tetapi aku tidak boleh memberikan harapan.


CINTA adalah ibarat air. Aku sangat memerlukannya di dalam hidup namun jika ia ibarat air di lautan ia akan menjadi ombak yang akan mengumbang-ambingkan hidup aku, jika ia ibarat air di kutub utara-selatan maka ia akan menjadi ketulan ais yang membekukan aku, jika ia ibarat air sungai yang mengalir tenang maka ia akan berterusan menghanyutkan aku ke muara, jika ia ibarat air terjun maka akan terhempaslah aku berulang-ulang ke bawah, jika ia ibarat air tasik yang tenang membiru maka aku dalam diam akan menyimpan berjuta keladak di dasarnya. Maka jenis air manakah yang aku inginkan… aku inginkan mata air yang suci lagi murni…walaupun keluar sedikit demi sedikit tetapi akan melimpahi perigi dan menghilangkan kehausan aku dengan sekali teguk sahaja.



Biarlah Aku menjadi cinta terakhir kepada seseorang kerana mungkin Aku sudah terlambat untuk menjadi cinta pertamanya tetapi Aku tidak akan pernah terlambat untuk menjadi cinta terakhirnya.Untuk selama ya...








*ujie*

Selasa, 23 Disember 2008

Hanya Sekadar Renungan...





Hari berganti hari.Keadaanku semakin tenat.Tubuhku terkaku seperti mayat di atas katil di salah sebuah hospital yang aku sendiri tidak tahu mengapa aku di tempatkan di sini.Sebelum tu, yang aku ingat aku sedang memandu kereta ayah,lalu bertembung dengan lori balak.Tapi selepas itu aku tidak ingat apa-apa.Pandanganku kabur.Tidak dapat ku pastikan siapa orang-orang yang berada di sekelilingku.Aku terasa dada ku teramat berat dan bahagian pinggangku sudah tidak berasa apa-apa lagi.Derita sungguh nafasku sesak. Tiba-tiba tanganku di pegang kuat.
"Mengucap sayang mengucap....Asyhaduallailahaillallah........."ucapan itu dibisikkan ke telingaku di sertai dengan tangisan.Itu suara ibu.manusia yang pernah mendodoikan daku semasa kecil,manusia yang pernah menyuapkan nasi ke dalam mulutku,manusia yang pernah memberi susunya serta yang pernah merotanku kerana degil.
"Bagaimana dengan keadaannya doktor?"Aku amati suara itu.Pasti itu suara abang.Mungkin abang baru sampai. "Tenat",jawab doktor dengan ringkas. "Itu 'kata doktor bang,jangan berserah kepada takdir sahaja.Kita perlu usaha". Sudah seminggu aku terlantar di wad ini,kenapa baru sekarang abang menjengah? datang lah ke sini,aku ingin berbicara denganmu. datanglah.....Tapi mataku.......semakin gelap.Adakah aku sudah buta? Tidak!!!!Aku tidak mahu buta.Aku masih ingin melihat dunia ini.
"Sabarlah dik,banyak-banyak ingatkan Allah."Abangkah yang bersuara itu? Apa yang aku tanggung ini tidak semudah yang kau lafazkan,abang.Tolonglah adikmu ini.Tolong bukakan mataku.
"Tekanan darahnya amat rendah". sayup sayap kedengaran suara doktor.Kedengaran juga ibu menangis teresak-esak.Ibu,kau hanya mampu menangis saja.dan bila tiba saatnya,kita akan berpisah.Tapi,ibu.....aku tidak mahu berpisah denganmu.Tolonglah ibu,selamatkan lah daku.
"Yassin......".bacaan yassin terngiyang-ngiyang di telingaku.Aku tahu itu suara abang.Tetapi kenapa aku di perdengarkan dengan suara itu??? Apakah aku sudah menghampiri maut???????Aku takut!!!!!!!
Sedetik lagi sakaratul maut datang.Sedetik lagi izrail datang. Sedetik lagi malaikat maut dtang.Aku di ambang sakaratul maut...... Aku semakin tegang dan semakin sendat nafas di dada.Ketika itu,aku tidak ingat apa-apa lagi.Aku tidak kenal sesiapa di sekelilingku.Tapi yang pastinya sekarang, aku berdepan dengan sakaratul maut. "Tolong ibu tolonglah aku, aku takut".Tapi rintihan ku tidak di pedulikan.Apa mereka semua sudah pekak? Aku di lambung resah,gelisah dan penuh kesah.Keluhan dan rintihan.
"Panas,dahaga,haus,panas........".tapi tiada siapa pun yang peduli. Nenekku datang,"Nenek..........."."Kau dahaga cu,kau lapar cu,mahu air??Ini gelas penuh air madu,kalau cucu mahu masuk syurga,minum air ini"."Ibu......". Ibuku datang, Ibu menggoyangkan buah susunya." Ini ibumu.Air susu ini membesarkanmu, nak.Buangkan islam, matilah dalam agama yahudi.....".Ayah.......kau datang ayah......."."Matilah dalam agama yahudi anakku.matilah dalam agama nasrani Itulah agama yang membantu kau masuk ke syurga". "Nenek....ibu.....ayah......suara kau kah tadi??Kenapa kau berubahlaku??Atau suara syaitan yang ingin memurtadkan aku??
"Mengucap sayang,mengucap.Asyhaduallailahaillallah......".Ucapan itu diajukan sekali lagi ke telingaku.Itu suara ibu.Tapi lidahku sudah menjadi kelu.Manusia-manusia berjubah hitam datang."Mari ikut kami". manusia-manusia berjubah hijau datang membawa bersamanya payung hijau,katanya"Mari ikut kami".cahaya putih datang.datang kilatan hitam. Datang sinaran kuning.Cahaya merah datang
."Apa ini,apa ini?.Akulah sakaratul maut.......!!!!!!".Kedinginan menjalar,merayap perlahan-lahan dari hujung kaki ke hujung rambut dan kini seluruh jasadku di selimuti sejuk.dan kemudian datanglah malaikat maut di hujung kepalaku."Hai jiwa yang keji,keluarlah dari kemurkaan Allah.......".Aku tersentak.Roh ku berselerak di dalam tubuhku.Lalu,innalillahi wainnailaihi rajiuun....Malaikat-malaikat yang menunggu sesayup mata memandang dan menghemburlah bangkai yang sebusuk-busuknya.
Tiba-tiba bau busuk menusuk ke hidungku,seperti bau sampah yang amat busuk. "Apa yang busuk ni?Tak adakah orang yang mengangkat sampah hari ini?Ah,busuknya,hanyirnya,hancingnya......"."Assalamualaikum......". "Siapa yang memberi salam itu?"."Aku"."Kau siapa wahai pemuda???".Seorang lelaki tercegat di hadapan katilku.Aku tidak pernah melihat orang yang sehodoh,sekotor,dan sebusuknya di dunia ini.rambutnya yang tidak terurus,baju yang di pakai berlumut hijau,kuning,coklat dan entah apa-apa warna lagi,dari lubang hidung,telinganya dan mulutnya terdapat nanah dan darah pekat keluar.Tanpa di pedulikannya......jijik,loya,aku rasa........teramat loya melihatnya."Kau tak kenal aku?"."Tidak,jawabku tegas.Mana mungkin aku kenal kau sehodoh dan sejijik ini"."Aku sahabatmu,kau yang membuat aku hari-hari"."Bohong!".Aku menjerit sekuat hati.Biar semua penghuni wad ini mendengarnya."Aku tak kenal engkau!Lebih baik kau pergi dari sini"."Akulah amalanmu yang keji..........".Aku terdiam.Aku tidak mampu berkata apa-apa lagi.Ya! aku teringat kini,semuanya telah pernah ku dengar dan ku pelajari dulu.Segala dosa dan keburukan yang kita lakukan di dunia,akan di jelmakan dalam sebagai suatu makhluk yang teramat hodoh di hadapan kita di alam barzakh nanti.
Oh!Tuhan,aku banyak dosa.Aku memang lalai,cuai dan lupa dengan segala nikmat yang telah kau kurniakan.Solatku kerana kawan,dan bukannya ikhlas kerana Allah.Pergaulanku bebas,tak kenal muhrim ataupun tidak.tapi itu semua telah berlalu dan dan sudah terlambat untuk bertaubat.Apa yang aku harus lakukan!!!!! Surah yassin yang abang pegang di letakkan di atas dahiku.Aku melihat kaklong dan kak ngah menangis.Aku juga lihat mata abah bengkak. Tiba-tiba badanku di sirami air.Air apa ini?????"Tolong....sejuk!!!!Kenapa air ini berbau air kapur barus.Tolong jangan tekan perutku dengan kuat,sakit!!!!Kenapa ramai orang melihat aku???Aku malu.....malu.....malu......!!!!!!".
Aku di usung ke suatu ruang.Aku lihat kain putih dibentangkan.Lalu diletakkannya aku di atas kain putih itu.kapas di bubuh di celah-celah badanku.Lalu aku di bungkus satu demi satu dengan kain itu.
"Nanti,tunggu!!jangan bungkus aku.Kenapa kalian semua buat aku macam ini?Tolong rimas....panas........".
Kemudian aku di letakkan di suatu sudut.Beberapa orang termasuk tok imam menyembahyangkanku.Kelihatan ayah dan abang berada di saf yang pertama.Tapi kenapa aku di sembahyangkan?Bukan kah aku boleh sembahyang sendiri?
Aku teringat kata-kata ustazku dahulu."Sembahyanglah kamu sebelum kamu disembahyangkan".Dan kini baru aku sedar aku sudah tidak mampu lagi untuk mengangkat takbir,ruku',sujud dan tahiyyat.
Aku di angkat perlahan-lahan kemudian di letakkan di dalam kotak kayu. Kotak apa ini?"Aku di usung oleh enam orang termasuk ayah dan abang.Aku diusung setapak demi setapak".
"Al-Fatihah!"Keengaran suara tok imam.Kelihatan ibu,kak long,kak ngah dan lain-lain mengekori di belakang.tapi kemana dia bawanya aku?".
Nun jauh di sana ,kelihatan tanah perkuburan kampungku."Ke situkah aku dibawanya?Tolong turunkan aku,aku takut!!!!!!". Setibanya di tanah perkuburan,kelihatan satu liang yang besaiz dengan jasadku.Beberapa tangan memegangku,dan aku di turunkan ke dalam liang itu.
"Perlahan-lahan",aku terdengar suara tok imam memberitahu."Tolong keluarkan aku dari sini!Aku seram!!!".Kini aku berada di dalam liang sedalam enam kaki.Sedikit demi sedikit pasir dan tanah menutupiku."Tanah apa ini?". "Aduh sakitnya badanku di timbusi tanah"."Innalillahiwa innailaihi rajiuuun.......Dari Allah kita datang,dan kepada Allah jualah kita kembali".Kedengaran bacaan talkin dari tok imam."Sesungguhnya mati itu benar alam barzakh itu benar,siratul mustaqim itu benar,syurga danneraka itu jua benar........".Sayup sayap aku terdengar tok imam terus membaca talkin,tetapi makin lama makin hilang.Pandanganku makin lama,makin kabur dan terus tidak kelihatan.Tubuhku terasa telah di timbusi sedikit demi sdikit pasir dan tanah yang di lemparkan ke atasku.Terasa semakin gelap dan......aku kini keseorangan."Nanti!Nanti!Tolong!Tolong ayah,ibu!Jangan tinggalkan aku seorang.Aku takut!!!Gelap!!!Panas!!!Tolong !!!! ah..rupa ya aku bermimpi...





"SAKITNYA SAKRATUL MAUT ITU ADALAH UMPAMA SERIBU PEDANG YANG AMAT TAJAM MENGHIRIS DAGING DAN TULANG SERENTAK...DAN SAKITNYA HINGGA KE AKHIRAT."


Kenangan itu kadangkala teramat pahit untuk diredah, tetapi ia terlalu manis untuk dikenang. Hidup tak selalunya indah tapi yang indah itu tetap hidup dalam kenangan.Andainya hadirnya cinta sekadar untuk mengecewakan, lebih baik cinta itu tak pernah hadir.Kecewa bercinta bukan bermakna dunia sudah berakhir.Masa depan yang cerah berdasarkan pada masa lalu yang telah dilupakan.Hidup ini indah jika kita tahu menghargainya... Tapi ia amat menyakitkan andai kita melaluinya sambil lewa...



*ujie*

Isnin, 22 Disember 2008

Merentas Masa..


emm...tgk kt dlm gambar tu..sape ek..he3 sempat gak pose dpn dataran.tgk btol2 pe y tak ada dlm gambar tu...he3 mana lak jam besar kat atas tu ek..bru order kot..lom siap pasang agak yer....ke dh kena curik..hahaha

gabungan 2 zaman

peta lama di beri nafas baru





JALAN LAMA KUALA LUMPUR



ni de peta nama jln kl klasik heheheh.....selamat bersejarah
t-shirt printing



Ahad, 21 Disember 2008

Antara 2 Zaman(2)

zaman mne yg korg pilih......mne ek cina bakar daging kat tepi jln tu....hehehe
http://sumberkreatif.blogspot.com

*ujie*

Antara 2 Zaman..


ok...skg dorg dah boleh bakar daging tu..hheheeh...ujie dah taruk payung td...hehe
t-shirt printing

*ujie*

Sabtu, 20 Disember 2008

Eh..AdA Lg Ni...

Yang berminat dgn sejarah boleh la layan..yg x minat lak...layan jer la ek.





yang atas ni depan Bangunan Sultan Abu Samad..





petaling street la plak....dvd! dvd!...mali..mali




jalan bukit bintang tahun 1950..ujie x lahir lagi ni huhu...





...nun sana kat atas bukit tu la Bukit Aman...Sesuai dgn nama yer "Bukit Aman"





Ni Hospital...tempat orang sakit..






Penjara Pudu kat atas ni pon dh tutup sekarang..ha yang ni ujie mmg x ade kat muka bumi ni...tahun1896..entah2 atuk ngan nenek ujie pun lom de lg kot he3





Sekarang ni Dataran Merdeka dah meriah...dulu,lapang.banyak beza yer...

Okey..ni je la stok yg ujie ada...foto y lain Tungguuuuu....

*ujie*

Aku & Kamu Abadi Selama yee..

nuffnang