Bapa, ayah, abah, itulah panggilan keramat anak kepada lelaki yang mempunyai anak. Kehebatan ayah tiadalah tandingannya…. Sebut saja ayah anak pasti berhati-hati. Ayah selalunya tegas dan penuh disiplin. Dalam banyak hal ayahlah kata pemutus.
Ayah juga jarang menunjukkan secara zahir sayangnya pada anak. Hakikatnya ayah amat sayang pada anak-anak. Kebanyakkan ayah tak banyak cakap tapi banyak tindakan. Ayah banyak mengajar anak-anak dengan perbuatan dan gerak geri. Ayah juga banyak guna bahasa badan, sehingga anak membuat telahan sendiri. Anak-anak kalau bercakap dengan ayah terlalu berhati-hati. Kadang-kadang takut kadang-kadang tidak.
Itulah kebanyakan lelaki yang bergelar ayah! Sempena Hari Bapa, hadiahkanlah sesuatu untuk ayah. Beraksilah dipentas kehidupan dengan aksi-aksi yang tidak mengecewakan ayah dan ibu kita
permata ayah ibu
ayah ibu dua jiwa sungguh mulia
kasih sayang merekati
ada tandingnya
tiada nilaiannya tiada gantinya
ayah berkerja tak hiraukan penah lelah
demi kebahgiaan anaknya yang tercinta
mengharapkan nantinya
jadi insan mulia
ibu tak jemu-jemu melayani mahumu
semua yang diinginkan cuba dituruti
abadi kasihnya sehingga ke syurga
air mata keduanya persis permata
pastikan terbitnya nanti dari hati yg suci
bukannya terkecewa dgn sikap anaknya
--->
Dan dari aku,
--->selamat hari bapa kepada abah ku yang tersayang..semoga abah sihat sentiasa dan bahagia menjalani hari2 senja mu...akak tahu semakin senja usia abah, abah semakin manja..abah inginkan perhatian...walaupun akak dah menjadi milik org, abah tetap di hati...terima kasih untuk segala-galanya.
----->Untuk suami ku yang tercinta, sayang tahu yang b x sabar menanti kehadiran org baru...dan tak lama lagi akan bergelar ayah..sayang ucapkan 'selamat hari bapa'...sayang harapkan yang terbaik untuk anak2 kita nanti...
------>kepada semua kaum lelaki yg bergelar Bapa, Ayah, Abah, 'selamat hari bapa'...semoga kalian diberkati...