'Silaturahim Adalah Janji Yg Dilafazkan Didalam hati,X Bersuara,X Bertulis,X Putus,Walaupun Sudah Berpisah..X Berubah Walaupun Masa Berlalu..'
meh klik kat sini!!!..
Khamis, 8 Januari 2009
Apo Kono Eh Jang...
kebetolan pada masa yang sama aku terima 5 sms dr teman2 ..he3 berpakat kot dia orang ni..maksud yer sama cuma ayat yer lain nak tahu pe dia org taya?cuma ada 1 yang menarik perhatian ku...
''ujie rindu ler'' ahaksss...ada gak org yang nak merindui aku ni...hu3.
Dia taya ''bila nak kawen''...(mmg dia tak tahu yang aku nak kawen pon...)he3 saja nak uat kejutan elektrik...ha3
aku balas...''entah ler.x ada org berkenan kot'' ahakksss...(x baik menipu kan +dosa aku)
dia balas ''ko tu memilih..pilih aku kan senang'' ahaksss...aku lak yang terkena kejutan tu...sambil senyum2 kambing..aku balas...
''ko bukan idaman aku...ha3'' jahat yer aku..pengakuan berani mati ni...
ops...dia merajuk kot..alahai...aku cuma gurau jer sbb dia pon kuat gurau...
1 jam kemudian...''nasib baik ko x pilih aku..sbb aku pon x teringgin nak kawen lagi...''ahaksss...
aku balas ''apo kono eh jang...he3'' (anak jowo ckp nogori he3)penutup sms petang tu...
p/s: lagu ni khas tuk dia n mereka2 yang berperanggai seperti dia..ahakssss...(gurau jer)..layan...
Rabu, 7 Januari 2009
Ops..TER gada-gada Pulak

hehehe..semua ni bermula dengan sang Nyamuk yang sangat kejam..ahakssss...
pagi tadi bangun jer dr tido abis badan aku kena gigit oleh sang nyamuk..mentang2 la darah aku ni 'darah manis'.tanpa belas kasihan dia telah mgigit di muka comel ku ni he3 (perasan jer lebih)...tp yang paling teruk kat belah tangan...oleh kena kulit aku ni sensetif dgn gatal2 ni so,menjadi2 la gatal yer tu..ha3(bkn org yer yang gatal)
kebetulan abang misai ni dok sebelah umah ku ajer..sempat la nak intai2 ahaksss....tp pergerakkan sentiasa di awasi oleh 'MIL' (bakal mak mertua aku ler)
tektik baru nak kena kan si dia...he3
sms''mula2 merengek..pas tu mengadu gatal''..he3.saja nak mengusik dia n manja2 .dia ckp ti dia bawakkan ubat..he3
15mint kemudian......
dia datang bawakkan air panas..adoi..ni nak membunuh ni...ha3
dgn senyum pahit..aku cakap x yah ler..gatal dah ilang hahaha..
rupa yer dia nak basuh tangan aku dgn air suam tu ilangkan gatal2.kata yer ti tangan aku jd kudis mcm mana nak naik pelamin..he3 selamat aku..klu tak dah jadi kes dera...kekadang mengada x bertempat.nasib baik abg misai org yer cool...layan ajer kerenah ayang dia ni..he3...
p/s: korang jgn buat mcm aku ni kena jer mod x baik abis ler korang ahakssss...
Selasa, 6 Januari 2009
SantaU...
dengan zaman sekarang yg serba moden ni ada gak mereka2 yang tak berhati purut uat benda gini tuk menjatuh seseorang...
2 hari yang lepas aku menerima perkhabaran dari adik beradik ku bahawa orang yang kami sayangi terkena benda tu..aduh...dugaan apa la ni...
dalam kesibukkan kami sekeluarga untuk meyambut ahli keluarga baru sekarang ditambah dengan dugaan tu...
sedikit sebanyak hati kami sedih...tp kami tak boleh tunjukkan kesedihan tu..kalau insan yang kami sayang tu kuat semangat yer.kami pon kena begitu..kami kena kuat menghadapi yer..berat mata memandang berat lagi bahu yang memikul..
dosa apa lah yang kami dah buat pada orang lain sehingga mereka yang tak bertanggungjawab melakukan semua tu.dengki dengan kebahagiaan orang lain...mungkin kami tahu siapa punya angkara..tp kami x boleh menuduh orang lain tanpa usul periksa..fitnah nama yer tu...biar lah menjadi rahsia dalam keluarga kami.
so..sekarang ni kami hanya boleh usaha untuk mengubati yer.dan yang pasti ajal maut di tangan Tuhan..kita merancang Tuhan yang menentukan semoga kami dapat mencari jalan keluar dari segala masalah ini...
p/s: entahlah manusia bila dah dikuasai sifat dengki dan iri apa saja cara sanggup lakukan! mudah2an kita semua terhindar dari anasir tidak baik sebegini ...
Isnin, 5 Januari 2009
Minggu PertaMa Aku Bersekolah

Ahad, 4 Januari 2009
SeLaMat BerHujung Minggu
buntu pala otak aku nak pikir macam2 cuti dah ku ambil...10 hari jer.tp kena lak ganti.adoi..bila la pulak aku nak ganti cuti.macam biasa kena denda.bos aku ni mgada lak dia nak suruh aku ganti cuti tu..alahai mcm mana aku nak bagi tahu kat emak aku yang aku cuti tak lama...bising la dia ti.sapa la yang nak tolong dia mengemas kat umah...eee pening2
tukar tajuk ler...uat pening pala jer crita passal cuti2 ni...
ha..ini aja la yang aku sempat beli bunga telo gan paper beg...tu pon mak aku cakap tak cukup lagi..layan jer la kehendak mak aku tu..x leh membantah.kecik ati dia kang.biasa la.anak dia ni jer yang last perempuan. x tahu la gempak mana yang mak aku nak uat..he3 warna ijau..itu la tema kita org..
emm..nak tahu sapa kah pasangan tuan umah ni kena tunggu...identiti masih dirahsiakan dr pihak2 tertentu..he3 dia dikenali dgn abg misai(misai yer x akan berani tumbah sbb aku dh sembur racun rumpai ahakssss....)
kad aku telah aku pos kan.terawal lak ek aku poskan kad2 tu..tuk member2 aku kat dlm ni pon aku akn jemput gak..tunggu..scanner kat umah aku rosak lak..relex...aku pasti jemput korang semua tuk memeriahkan majlis aku yang ala2 mawi kawen tu ahaksss..(perasan lak aku ni)...ape2 pon selamat berhujung minggu tuk korang semua...
Jumaat, 2 Januari 2009
AdaKah Ini Nama Yer SAYANG?

Sepasang Suami Isteri - Seperti Pasangan Lain Di Kota-Kota Besar Mninggalkan Anak-Anak Diasuh Pembantu Rumah Semasa Keluar Bekerja.
Anak Tunggal Pasangan Ini, Perempuan Berusia Tiga Setengah Tahun. Bersendirian Di Rumah Dia Kerap Dibiarkan Pembantunya Yang Sibuk Bekerja Bermain Di Luar, Tetapi Pintu Pagar Tetap Dikunci.Bermainlah Dia Sama Ada Berbuai-Buai Di Atas Buaian Yang Dibeli Bapanya, Ataupun Memetik Bunga Raya, Bunga Kertas Dan Lain-Lain Di Laman Rumahnya.
Suatu Hari Dia Terjumpa Sebatang Paku Karat. Dia Pun Melakar Simen Tempat Letak Kereta Ayahnya Tetapi Kerana Diperbuat Daripada Marmar,Lakaran Tidak Kelihatan. Dicubanya Pada Kereta Baru Ayahnya. Ya...Kerana Kereta Itu Bewarna Gelap, Lakarannya Jelas.Apa Lagi Kanak-Kanak Ini Pun Melakarlah Melahirkan Kreativitinya.Hari Itu Bapa Dan Ibunya Bermotosikal Ke Tempat Kerja Kerana Laluannya Sesak Sempena Perayaan Thaipusam.
Penuh Sebelah Kanan Dia Beredar Ke Sebelah Kiri Kereta. Dilakarnya Gambar Ibu Dan Ayahnya, Gambarnya Sendiri, Lukisan Ayam, Kucing Dan Sebagainya Mengikut Imaginasinya. Kejadian Itu Langsung Tak Disedari Si Pembantu Rumah.
Pulang Petang Itu, Terkejut Badaklah Pasangan Itu Melihat Kereta Yang Baru Setahun Dibeli Dengan Bayaran Ansuran, Berbatik-Batik. Si Bapa Yang Belum Pun Masuk Ke Rumah Terus Menjerit, "Siapa Punya Kerja Ni?"
Pembantu Rumah Yang Tersentak Dengan Jeritan Itu Berlari Keluar. Dia Juga Beristighfar. Mukanya Merah Padam Ketakutan Tambah-Tambah Melihat Wajah Bengis Tuannya.Sekali Lagi Diajukan Pertanyaan Keras Kepadanya, Dia TerusMengatakan "Tak Tahu... !"
"Duduk Di Rumah Sepanjang Hari Tak Tahu, Apa Kau Buat?" Herdik Siisteri Lagi. Bila Anak Yang Mendengar Suara Ayahnya, Tiba-Tiba Berlari Keluar Dari Bilik. Dengan Penuh Manja Dia Berkata "Ita Buat Ayahhh.. CantikKan!" Katanya Menerkam Ayahnya Ingin Bermanja Seperti Selalu.
Si Ayah Yang Hilang Sabar Merentap Ranting Kecil Pokok Bunga Raya Didepannya, Terus Dipukul Bertalu-Talu Tapak Tangan Anaknya. Si Anak Yang Tak Mengerti Apa-Apa Terlolong-Lolong Kesakitan Sekaligus Ketakutan.
Puas Memukul Tapak Tangan, Si Ayah Memukul Pula Belakang Tangan Anaknya. Si Ibu Cuma Mendiamkan Diri, Mungkin Setuju Dan Berasa Puas Dengan Hukuman Yang Dikenakan.
Pembantu Rumah Melopong, Tak Tahu Nak Buat Apa-Apa. Si Bapa Cukup Rakus Memukul-Mukul Tangan Kanan Dan Kemudian Tangan Kiri Anaknya. Selepas Si Bapa Masu Ke Rumah Dituruti Si Ibu, Pembantu Rumah Menggendong Anak Kecil Itu, Membawanya Ke Bilik. Dilihatnya Tapak Tangan Dan Belakang Tangan Si Anak Kecil Calar Balar.
Pembantu Rumah Memandikan Anak Kecil Itu. Sambil Menyiram Air Sambil Dia Menangis. Anak Kecil Itu Pula Terjerit-Jerit Menahan Kepedihan Sebaik Calar-Balar Itu Terkena Air. Si Pembantu Rumah Kemudian Menidurkan Anak Kecil Itu. Si Bapa Sengaja Membiarkan Anak Itu Tidur Bersama Pembantu Rumah. Keesokkan Harinya, Kedua-Dua Belah Tangan Si Anakbengkak. Pembantu Rumah Mengadu. "Sapukan Minyak Gamat Tu!" Balas Tuannya, Bapa Si Anak.
Pulang Dari Kerja, Dia Tidak Melayan Anak Kecil Itu YangMenghabiskan Masa Di Bilik Pembantu. Si Bapa Konon Mahu Mengajar Anaknya. Tiga Hari Berlalu, Si Ayah Langsung Tidak Menjenguk Anaknya Sementara Si Ibu Juga Begitu Tetapi Setiap Hari Bertanya Kepada Pembantu Rumah. "Ita Demam... " Jawap Pembantunya Ringkas. "Bagi Minum Panadol Tu," Balas Si Ibu. Sebelum Si Ibu Masuk Bilik Tidur Dia Menjenguk Bilik Pembantunya. Apabila Dilihat Anaknya Ita Dalam Pelukan Pembantu Rumah, Dia Menutup Semula Pintu.
Terlalu Panas. "Petang Nanti Kita Bawa Ke Klinik. Pukul 5.00 Siap" Kata Majikannya Itu. Sampai Waktunya Si Anak Yang Longlai Dibawa Ke Klinik. Doktor Mengarahnya Ia Dirujuk Ke Hospital Kerana Keadaannya Serius.
Setelah Seminggu Di Wad Pediatrik Doktor Memanggil Bapa Dan Ibu Kanak-Kanak Itu. "Tiada Pilihan.." Katanya Yang Mencadangkan Agar Kedua-Dua Tangan Kanak-Kanak Itu Dipotong Kerana Gangren Yang Terjadi Sedah Terlalu Teruk. "Ia Sudah Bernanah, Demi Nyawanya Tangan Perlu Dipotong Dari Siku Ke Bawah" Kata Doktor. Si Bapa Dan Ibu Bagaikan Terkena Halilintar Mendengar Kata-Kata Itu.Terasa Diri Tunggang Terbalik, Tapi Apalah Dapat Dikatakan. Si Ibu Meraung Merangkul Si Anak. Dengan Berat Hati Dan Lelehan Air Mata Isterinya, Si Bapa Terketar-Ketar Madandatangani Surat Kebenaran Pembedahan. Keluar Dari Bilik Pembedahan, Selepas Ubat Bius Yang Dikenakanhabis, Si Anak Menangis Kesakitan. Dia Juga Terpinga-Pinga Melihat kedua-Dua Tangannya Berbalut Putih. Direnung Muka Ayah Dan Ibunya
Kemudian ke wajah pembantu rumah. Dia mengerutkan dahi melihat mereka semua menangis. Dalam seksaan menahan sakit, si anak yang keletah bersuara dalam linangan air mata.
"Abah.. Mama... Ita tak buat lagi. Ita tak mau ayah pukul. Ita tak mau jahat. Ita sayang abah.. sayang mama." katanya berulang kali membuatkan si ibu gagal menahan rasa. "Ita juga sayang Kak Narti.." katanya memandang wajah pembantu rumah, sekaligus membuatkan gadis dari Surabaya itu meraung seperti histeria.
"Abah.. bagilah balik tangan Ita. Buat apa ambil.. Ita janji
tak buat lagi! Ita nak makan macam mana? Nak main macam mana? Ita janji tak conteng kereta lagi," katanya bertalu-talu. Bagaikan gugur jantung si ibu mendengar kata-kata anaknya. Meraungdia
sekuat hati namun takdir yang sudah terjadi, tiada manusia dapat menahannya.
** **Adakah Ini Nama Yer Sayang...Atau Yang Selalu ku Dgr ''Sayangkan Anak Tangan2 Kan, Sayangkan Isteri Tinggal2 Kan''?Zalim!!!Kenapa Aku Jd Marah?Tak Perlu Aku Menitiskan Air Mata Dgn Kisah Ini..Krn Bukan Itu Anak Ku.Tp, Mungkin Sikap Keibuan Ku..
Imbas Kembali Cerita Setahun Yang Lalu..Aku Pernah Mdekati Seorang Anak Kecil Sebegini.Semasa Aku Myewa Di Shah Alam.Anak Itu Selalu Bermain di Depan Umah Ku.Sering Kali Menjadi Mangsa Ayah&Ibu ya..Salah Apa Lah Ci Kecil Itu Sehingga Ayah Dan Ibu Yang Diharap Untuk Bermanja Sanggup Membiarkan Ya Sebegitu...Pilu Hati Ku Bila Lihat Susuk Tubuh Sikecil itu Sudah Mengerti Apa Tu Kasih Sayang..Di Mulut Ya X Pernah Diam Tuk Mgatakan Yang Dia Sayang Kan Ibu&Ayah.Suka Benar Dia Bila Aku Mainkan Mp3 Lagu ''IbuKu Sayang'' ..
-->Sayangi Anugerah Yang Allah Berikan..Harta Di Dunia & Akhirat....
Khamis, 1 Januari 2009
Beza Lelaki & Wanita
Lelaki Bujang Kena Tanggung Dosa Sendiri Apabila Sudah Baligh Manakala Dosa
Gadis Bujang Ditanggung Oleh Bapanya. Lelaki Berkahwin Kena Tanggung Dosa
Sendiri, Dosa Isteri, Dosa Anak Perempuan Yang Belum Berkahwin Dan Dosa
Anak Lelaki Yang Belum Baligh. Beratkan ??!
Hukum Menjelaskan Anak Lelaki Kena Bertanggungjawab Ke Atas Ibunya Dan
Sekiranya Dia Tidak Menjalankan Tanggungjawabnya Maka Dosa Baginya Terutama
Anak Lelaki Yang Tua, Manakala Perempuan Tidak, Perempuan Hanya Perlu Taat
Kepada Suaminya
Isteri Berbuat Baik Pahala Dapat Kepadanya Kalau Buat Tak Baik Dosanya
Ditanggung Oleh Suaminya. Beratkan??!
Suami Kena Bagi Nafkah Pada Isteri, Ini Wajib Tapi Isteri Tidak. Walaupun
Begitu Isteri Oleh Membantu. Haram Bagi Suami Bertanya Pendapatan Isteri
Lebih-Lebih Lagi Menggunakan Pendapatan Isteri Tanpa Izin Ini. Banyak Lagi
Lelaki Lebih-Lebih Lagi Yang Bergelar Suami Perlu Tanggung. Kalau Nak
Dibayangkan Beratnya Dosa-Dosa Yang Ditanggungnya Seperti Gunung Dengan
Semut. Itu Sebabnya Mengikut Kajian Nyawa Orang Perempuan Lebih Panjang
Daripada Lelaki. Lelaki Mati Cepat Kerana Tak Larat Dengan Beratnya
Dosa-Dosa Yang Ditanggung.
Tetapi Orang Lelaki Ada Keistimewaannya Yang Dianugerah Oleh Allah Swt. Ini
Orang Lelaki Kena Tahu, Kalau Tak Tahu Kena Jadi Perempuan. Begitulah
Kira-Kiranya.
Wanita
Auratnya Lebih Susah Dijaga Berbanding Lelaki.
Perlu Meminta Izin Dari Suaminya Apabila Mahu Keluar Rumah
Tetapi Tidak Sebaliknya.
Saksinya Kurang Berbanding Lelaki.
Menerima Pusaka Kurang Dari Lelaki.
Perlu Menghadapi Kesusahan Mengandung Dan Melahirkan Anak.
Wajib Taat Kepada Suaminya Tetapi Suami Tak Perlu Taat Pada
Isterinya.
Talak Terletak Di Tangan Suami Dan Bukan Isteri.
Wanita Kurang Dalam Beribadat Kerana Masalah Haid Dan Nifas
Yang Tak Ada Pada Lelaki.
Pernahkah Kita Lihat Sebaliknya?? Benda Yang Mahal Harganya Akan Dijaga Dan
Dibelai Serta Disimpan Di Tempat Yang Tersorok Dan Selamat. Sudah Pasti
Intan Permata Tidak Akan Dibiar Bersepah-Sepah Bukan? Itulah Bandingannya
Dengan Seorang Wanita. Wanita Perlu Taat Kepada Suami Tetapi Lelaki Wajib
Taat Kepada Ibunya 3 Kali Lebih Utama Dari Bapanya. Bukankah Ibu Adalah
Seorang Wanita? Wanita Menerima Pusaka Kurang Dari Lelaki Tetapi Harta Itu
Menjadi Milik Peribadinya Dan Tidak Perlu Diserahkan Kepada Suaminya,
Manakala Lelaki Menerima Pusaka Perlu Menggunakan Hartanya Untuk Menyara
Isteri Dan Anak-Anak. Wanita Perlu Bersusah Payah Mengandung Dan Melahirkan
Anak, Tetapi Setiap Saat Dia Didoakan Oleh Segala Haiwan, Malaikat Dan
Seluruh Makhluk Allah Di Mukabumi Ini, Dan Matinya Jika Kerana Melahirkan
Adalah Syahid Kecil. Manakala Dosanya Diampun Allah (Dosa Kecil).
Di Akhirat Kelak, Seorang Lelaki Akan Dipertanggungjawabkan Terhadap 4
Wanita Ini: Isterinya, Ibunya, Anak Perempuannya Dan Saudara Perempuannya.
Manakala Seorang Wanita Pula, Tanggungjawab Terhadapnya Ditanggung Oleh 4
Org Lelaki Ini: Suaminya, Ayahnya, Anak Lelakinya Dan Saudara Lelakinya.
Seorang Wanita Boleh Memasuki Pintu Syurga Melalui Mana-Mana Pintu Syurga
Yg Disukainya Cukup Dengan 4 Syarat Sahaja: Sembahyang 5 Waktu, Puasa Di
Bulan Ramadhan, Taat Suaminya Dan Menjaga Kehormatannya.
Seorang Lelaki Perlu Pergi Berjihad Fisabilillah Tetapi Wanita Jika Taat
Akan Suaminya Serta Menunaikan Tanggungjawabnya Kepada Allah Akan Turut
Menerima Pahala Seperti Pahala Orang Pergi Berperang Fisabilillah Tanpa
Perlu Mengangkat Senjata.
Masyaallah...Sayangnya Allah Pada Wanita ....
