meh klik kat sini!!!..

Jumaat, 30 Januari 2009

senyuman tuk korang...:-)

Terlebih dulu aku dengan ini nk mintak ampun gan korang semua kalau2 aku ada terlepas @ sengaja mlepaskan kata2 yg mbuat kan korang kecik ati gan aku ok..

kepada sabahat2 ku terima kasih banyak2 kerana sudi mjalinkan ikatan persahabatan ...

--> sri (sri, semoga persahabatan kita berkekalan..jgn myepi..)
--> jinggo (jinggo,thanks sbb banyak yg kita dh kongsi tuk bekalan hari esok..esok n esok..ada masa n kelapangan kita ym lagi n kita ttp kwn kan... )
--> ati (ati..jgn lupa dtg kenduri akk ek..akak nantikan kedatangan ati..rindu ati :))
--> penna (cik penna mekasih ats perjumpaan kita hr tu..arap2 tu bkn perjumpaan terakhir ek..)
--> kts (walaupun kita dh jumpa,ujie x tahu lagi nama kts ni..harap kita trus berkawan..jgn lupa dtg kenduri kat kg laksamana ek..ujie tunggu kts)
--> acu (acu..ko lah kwn aku yg paling sempoi..suka lawak giler2 mekasih ek)
--> kak tie (kak..thanks jd sahabat ujie..mekasih banyak2)
--> khairul (mekasih ek mjadi teman blogger)
--> duan (duan..ujie x sempat nak jawab tag tu..he3..hutang dulu ek...)
--> daz (daz..rindu ler..da lama x mjenggah umah tu he3)
--> drSam (thanks ek,selalu myinggah sekali gus dh jd kawan ujie :))
--> cacen (cacen..mekasih jd sahabat akak..jadi la cikgu yg baik ek)
--> ery (ery ada masa kita ym lagi..tukar2 pgalaman kerja baru ti ek..good luck!!!)
--> wan (mekasih jg kawan akk..)
--> one z (one z..tunggu ujie call ti..insyallah ada rezeki ujie akn panjat gunung tu...)
--> kapten (aku akn merindui crita lawak2 mu :-) )
--> kak yan ( kak yan...ujie luper nak send maps.ti ujie send kan kat akak ek..)
--> nuriz (mekasih jd sabahat ku)
--> sonata (sonata...senang2 sonata dtg kenduri tu ek...call ujie ti ek..klu nak datang hubungi ujie -->ABC-GEIFFAG.ti ujie bagi tahu ek..)
--> aie (mekasih jd sabahat ku)
--> dayen (dayen..blajar rajen2 ek..panjang umur kita jumpa lg)
--> eida (mekasih jd sabahat ku)
--> kuina (mekasih selalu myinggah kat blog ujie ek)

member2 yg baru megenali aku,aku ucapkan salam kenal... n korang jugak mekasih jugak sbb dh banyak kita kongsi cerita...

igat....

'Silaturahim Adalah Janji Yg Dilafazkan Didalam hati,X Bersuara,X Bertulis,X Putus,Walaupun Sudah Berpisah..X Berubah Walaupun Masa Berlalu..'

mana pon aku g aku akan igat korang semua...takut2 korang yg x igat aku pulak uwaa... ok x per..

tag2 dr korang yg aku bolm jwb tu aku mintak maaf banyak2 bkn x mau jwb tp x de masa n otak aku x berfungsi gan baik nak cari idea..maaf yer..aku akan try bayar utang tag korang tu...insyaallah..andai aku stop sampai di sini..aku minta korang halal kan je la ek he3...

korang yg berkesempatan...sila la dtg ke majlis perkahwinan ku...ok...kedatangan korang di alu-alu kan..

hari ni last aku menaip coretan dlm blog ni.sbb mata aku da x leh mgadap skrin lama2 sakit mjadi-jadi..aku nk rehat kan minda,mata n badan.sebelom menjadi isteri orang..panjang umur aku akan kembali..insyaallah....

SALAM SAYANG TUK KORANG SEMUA....pasti yer aku akan merindui kalian..:-)





satu senyuman (ni nama yer senyum kambing embekkkk..) tuk korang..simpan uat kenangan tak pon korang ternak uat baka..comei kambing senyum sokmo tu tau..elok uat baka hahaha...


*ujie*

Khamis, 29 Januari 2009

sehari aku di balai......

ops..korang jgn salah paham ek..sebenar yer ayat tu x abis..'sehari aku di balai seni negara' ha tu baru la btol...he3..aku n abg misai ni kira org seni ler..he3..suka sesangat g tempat2 gini..dating kat sana ok gak..sunyi jer..org KL ni x suka seni kot he3...ok..jom layan...





korang rasa pe benda kat atas ni he3...

amboi..abg misai asik sgt memerhati lukisan tu sampaikan aku ambik gambar dia pon x perasan ..he3



yang ni gadis melayu terakhir ahakss...



ha..yg ni bukan ehem ek..menarik perhatian aku n abang misai..mencari maksud yang tersurat n tersirat he3..




yang ni entah sapa tah..tetiba jer nangis2 sibuk sgt suruh org ambik gambar dia...ee..x malu betol kan...he3







aku suka lukisan ni..kulit siput..

sape2 yang berani kacau org kat atas ni try ler..he3...siap sedia nak tembak korang tu hahaha..


kalau di ikut kn mmg x boleh ambik gambar kat dlm tu tp aku ni uat selamba jer ambik gambar2 lukisan tu..x perasan pak guard perhatikan aku..nasib baik ler x de pe2 he3.banyak gak la aku ambik gambar kat sana.sampai full memory fon aku tu he3...

ok..aku pon ada galery seni sendiri gak...hasil kerja tangan aku n abg misai...abg misai ni pandai uat batik tau..he..ok ti aku kongsikan gan korang ek..

p/s: sekali lagi aku pesan jgn salah paham gan tajuk n3 aku tu ek..he3..

Rabu, 28 Januari 2009

model kecik...

jom layan budak kecik ni..







nama penuh : zulaika kristina bt zulkiflie
panggilan : ika
tarikh lahir : aku x tahu he3 lupa taya lak
tempat lahir : selayang
tinggi : x sempat nk ukur lak
berat : x de penimbang..he3
hobi : megacau aku...
makanan kegemaran : nasik lemak (siang malam nasik lemak yg dia cari)
cita-cita : nak jadi gadis melayu macam aku ahaksss...(dia ni selalu curi2 pakai tudung aku he3)
kejeyaan: belom berjaya he3...tunggu abis sekolah ti ek..kita tengok pe jadi kat dia ni he3..
jurugambar : ujie
lokasi : white house (kedai mak mertua aku ler)
p/s: gambar kat ats tu gambar anak aku..he3 (anak buah abg misai ler ahakss..)mgaku anak sendiri lak kan he3..


*ujie*

Rindu...

sebelom aku berhijrah ke selayang ni..aku dok keje kat melaka...tempat kegemaran aku kat tepi pantai ...'pantai puteri melaka' hostel aku dekat dgn pantai..seberang jalan jer he3.keje kat melaka tu ala2 tengah bercuti panjang.x rasa aku bkerja he3...kalau tgh keje mesti nak cepat2 waktu balik...setiap petang aku x akn mlepaskan peluang untuk lepak2 mcari ketenangan n menikmati keindahan alam.. paling syok time matahari nak terbenam....aduh.cantik x terkata...tp malang yer adik aku x bagi aku lepak tepi pantai sorang2 sbb kat situ black area.kebetolan adik aku pon keje kat melaka guk... keje kat petronas.

mula2 curi2 keluar..last2 kantoi.aku ni da la rabun x perasan langsung yg dia datang.selamba jer lalu depan aku siap bagi salam lagi tu...he3...x pasal2 kena bebel he3...walaupun adik aku tu 2 tahun muda dr aku..tp dia lak yg jaga aku mcm adik..terbalik lak he3...ha..sempat gak la aku ambik gambar sebelom aku berhenti keje kat melaka tu...simpan uat kenangan....

jom layan cuci mata...

kat bawah pokok besar tu la selalu yer aku tunggu bas nak g keje..sebelom g keje relex2 ambik angin pagi dulu..





hujung nun sana tu petronas...tempat adik aku keje...







gambar kat atas ni gambar org tengah memancing..sonok tgk gelagat dia org ni he3...sempat gak curi gambar dia org he3...


ha..ni lak..tangan gatal aku menulis nama atas pasir ..he3...masa tu berjauhan gan abg misai..tengah rindu-rinduan he3...bak kata dafi 'bila terasa rindu ku sebut nama mu....' ahaksss...

terasa rindu lak.teramat amat rindu...entah bila dpt dok tepi pantai lg pas ni...



*ujie*

MinGGu Terakhir....

minggu ni adalah minggu terakhir aku di sini..aku akan bawa diri meninggalkan orang yang aku sayang uat sementara waktu..ahakkkss..sepatut yer kalau ikut pantang larang x leh jumpa 40 hari..tp aku try uat la...x jumpa selama 14 hari..ok la tu kan..he3...tu pon da kira nasib baik aku dpt keje lain.boleh la balik kg awal..tolong2 mak abah kat kampung tu..ok gak tu kan berjauhan gan abg misai..biar rindu-rinduan gitu he3...(gatal ek)..hahaha..

seperti biasa aku n abg misai guaru2 manja gitu sambil borak2 pasal mengitung hari ni..so kita org sama2 la g belik2 kelander tu he3..tinggal 18hari lagi.agak2 dua minggu lebih jer..he3...

masing2 senyum he3...senyuman yang penuh makna tu hahaha...terasa lambat je hari2 yang berlalu...kalau la boleh aku n dia putar kan masa tu biar semua yer berlalu cpt...kalau dulu kira bulan...sekarang kira minggu..jap lagi kira hari...pastu kira jam...ha pastu kita minit n pas tu kira saat lak..he..panjang lagi yg kena kita org lalui tu....emmmm...sabo2...

dengar perkhabaran dr kampung, khemah dah siap di dirikan...periuk belangga pon dh siap di bersihkan..bas dh disewa..hantaran semua yer dia siap.org kampung dah dipanggil meting..teruja pulak aku mdengar yer he3..

debaran kian terasa...so tinggal 4 hari aje aku dok selayang ni sebagai status bujang..pas ni dtg balik kat sini dgn status sudah berkahwin ahakss...dua alam yg berbeza...:-)

permulaan tahun 2009 yang cukup baik...semua yer berkat doa mak,ayah,family n member2 aku..mekasih u all..


*ujie*

Selasa, 27 Januari 2009

Kasih sayang mengikut bulan lahir........

Kasih sayang mengikut bulan lahir........

Januari

- Mudah jatuh cinta.

- Mudah melupakan perasaan cinta terhadap orang yang dicintai sekiranya dikhianati.

- Pandai mengambil hati pasangannya. - Selalu berdiam diri ketika bertemu dengan pasangannya.

- Bersikap romantik tapi tidak pandai memperlihatkannya.

- Sikap cemburu yang tinggi terhadap pasangannya tapi tidak kisah sekirannya pasangannya cemburu terhadapnya.

- Bakal jadi seorang bapa atau ibu yang penyayang.

- ramai kenalan, sedikit pemalu dan bersungguh-sungguh bila melakukan kerja

------------------------------------------------------------------

Februari

- Sukar untuk jatuh cinta .

- Amat hormat kepada pasangan.

- Amat suka memikat pasangan.

- Jujur dan berterus terang dalam perhubungan.

- Sentiasa nekad untuk bersama dengan pasangannya

- Sangat romantik pada dalaman dan bukan pada luaran (hanya pasangannya yang tahu) .

- Patuh kepada pasangannya dan selalu menjaga hati pasangan.

- Amat menjaga penampilan diri dan pasangannya.

----------------------------------------------------

Mac

- Mudah menawan hati pasangannya.

- Sentiasa ingin didampingi oleh pasangannya.

- Sangat pemalu dalam meluahkan isi hati.

- Sangat baik dalam menjaga perhubungan.

- Amat sukar melupakan pasangan yang dicintai.

- Perasaan cemburu yang minima.

- Sangat manja dan sering ingin dimanjai pasangannya.

- Mudah memilih pasangan tanpa berfikir dengan waras.

- Sentiasa mengharapkan keistimewaan dari pasangan.

-----------------------------------------------------

April

- Individu yang amat sukar untuk jatuh cinta.

- Selalu memendam perasaan terhadap individu yang dicintai.

- Sukar dan malu dalam meluahkan isi hati.

- Sentiasa ingin diberi perhatian.

- Amat cemburu dalam perhubungan.

- Kesetiaan teguh terhadap pasangannya.

- Emosi cepat terusik dan mudah terluka.

- Sentiasa menjaga hati pasangan dan pandai memujuk.

- Romantik dan terlalu romantik.
- Sukar melupakan pasangan walaupun dilukai.

- Sukar berlaku curang dan amat menyayangi pasangan.

----------------------------------------------------------

Mei

- Amat mudah jatuh cinta.

- Baik dan jujur dalam perhubungan.

- Pandai menarik hati pasangan.

- Perasaan cinta yang mendalam.

- Mudah untuk di pujuk.

- Mudah menerima cinta seseorang.

- Pilihan yang tepat dalam berpasangan.

- Nekad untuk menjaga hubungan yang baik.

- Pandai mengatur hidup pasangan (bukan Queen Control atau King Control) .

- Suka mengangankan sesuatu yang indah bersama pasangan.

- Sentiasa dahagakan kasih sayang dari pasangan tapi tak pandai memperlihatkan.

- Ambil berat dalam menjaga hubungan.

----------------------------------------------

Jun

- Amat pandai menjaga hati pasangan sekiranya dia perempuan.

- Sukar melukai dan memahami hati pasangan.

- Mudah jatuh hati tapi terlalu memilih.

- Cerewet dalam hubungan.

- Selalu beremosi.

- Mudah merajuk dan mudah di pujuk.

- Selalu melindungi pasangan dari kritikan atau umpatan orang.

- Elok untuk menjadi Ibu yang baik.

- Dahagakan pujian dari pasangan.

--------------------------------------------

Julai

- Amat suka didampingi pasangan.
- Sukar dimengerti oleh pasangan.
- Sentiasa menjaga maruah diri, pasangan danperhubungan
- Amat mudah dipujuk dan berterus terang.
- Amat menghargai kesetiaan pasangan.
- Mengambil berat dan mengasihi pasangan
- Berkebolehan untuk meluahkan isi hati terhadap individu yang dicintai.
- Mudah terluka dan lambat untuk pulih.
- Suka merajuk dan dipujuk.
- Setia terhadap pasangan.
- Suka mendengar dan tidak suka membantah.
- Cemburu terhadap pasangan.
- Suka menilai dan menjaga perhubungan.

-------------------------------------------------

Ogos

- Pandai memujuk pasangan

- Suka memimpin pasangan.

- Romantik, Pengasih dan Penyayang.

- Kelam kabut dalam perhubungan.

- Sangat sensitif .

- Mudah meluahkan kata cinta pada sesiapa yang berkenan.

--------------------------------------------------

September

- Bersopan dalam hubungan.

- bertolak ansur terhadap pasangan.

- Suka mengkritik pasangan.

- Sangat prihatin terhadap pasangan.

- Sangat sensitif dan emosi.

- Pandai memahami pasangan.

- Kurang menunjukkan perasaannya terhadap pasangan.

- Sukar melupakan sekiranya hati terluka.

- Mudah simpati dengan perasaan dan masalah pasangan.

- Pandai menyimpan perasaan.

- Suka berterus terang jika perkara itu tak disetujuinya.

------------------------------------------------------

Oktober

- Amat suka berkomunikasi dengan pasangan.

- Suka disayangi dan menyayangi pasangan.

- Sopan terhadap pasangan.

- Jujur dan jarang berpura-pura dengan pasangan.

- Mudah terluka hati sekiranya pasangan ada melakukan kesalahan terhadapnya.

- Emosi yang mudah terusik.

- Pengasih, Penyayang terhadap pasangan.

- Cemburu dan terlalu cemburu.

- Romantik - Memahami pasangan.

----------------------------------------------

November

- Cermat dan teliti dalam menjaga perhubungan.

- Amat berahsia dengan pasangan dan sesiapa.

- Agak degil dan kuat pendirian.
- Mudah ambil berat terhadap pasangan.

- Emosi yang mendalam.

- Perangai tidak dapat diramal terhadap pasangan.

---------------------------------------------------

Disember

- Pemurah terhadap perhubungan

- Mudah jatuh cinta dalam masa yang sama.

- Tergesa-gesa dalam perhubungan

- Suka didampingi oleh pasangan.

- Benci bila dikongkong.

- Berbakat untuk kahwin lebih dari satu.(Utk Lelaki)

- Suka mempengaruhi pasangan.


p/s : untuk acu...'SELAMAT HARI LAHIR' pada 28/1/2009 semoga panjang umur n di murah kan rezeki hendak Ya...
ujie kirimkan sejambak mawar merah tuk acu..arap acu suka ek...:-)



Isnin, 26 Januari 2009

Andainya perempuan tahu....

Andainya perempuan tahu....

* Lelaki juga boleh menjadi seseorang yang begitu sensitif dan mengambil berat (prihatin)

* Jika seseorang lelaki meminati wanita, wanita itu tak semestinya cantik. Cukup dengan budi bahasa dan kesopanan yang tinggi. Malah lelaki boleh menyukai wanita yang mempunyai banyak persamaan dengannya samada dari segi pemikiran atau minat. Oleh itu, banyak yang boleh dibualkan atau dikongsi bersama.

* Kebanyakan masa, lelaki sebenarnya tidak mengetahui perasaan sebenar yang dirasakan oleh seorang wanita.

* Lelaki boleh menerima penolakan dengan baik.

* Lelaki cuba menonjolkan sikap kelakiannya untuk menambat hati wanita...

* Lelaki memang dilahirkan dgn perasaan yg kuat terhadap wanita.. sebab itu mereka suka melihat wanita, menjeling wanita dan menonton Baywatch! Atau mencuci mata di tepi pantai atau swimming pool.

* Kebanyakan lelaki resah bila berhadapan dengan situasi ingin mengajak wanita keluar kali pertama!

* Lelaki cuba meniru gaya selebriti atau berlagak macho hanya kerana ingin memikat hati wanita.

* Bila lelaki cakap.."Emm..tengoklah dulu".. itu seringkali bermaksud dia berkata tidak atau kurang setuju.

* Bila lelaki cakap direct to the point dalam sesuatu hal, dia sebenarnya ingin bersikap jujur dan berterus-terang dan mengharapkan wanita memahami maksudnya.

* Kebanyakan lelaki yang nampak 'desperate', datang dari sekolah all boys!

* Adalah biasa lelaki cemburu terutamanya apabila perempuan asyik menyebut nama lelaki lain.

* Lelaki tak boleh belajar kesemuanya pasal perempuan dari library atau buku semata2. Oleh itu mereka selalu keliru dengan sikap perempuan.. dan tak faham kenapa perempuan bersikap begitu begini... Kadang2 lelaki perlu mengetahui lebih mendalam tentang bagaimana berhadapan dengan perempuan supaya hubungan dapat berjalan dengan lebih baik.

* Betapa hebatnya lelaki itu bersikap romeo dan 'flirting' dengan ramai wanita.. dia tetap hanya ada seorang teman wanita yang istimewa...yang lain hanya kawan..

* Bila lelaki tertengok dada wanita dan wanita itu menyedari... maafkan saja. Kebanyakan lelaki tak sengaja.... Mereka merasakan kejadian wanita itu begitu indah!

* Bila sesuatu hubungan putus di tengah jalan, lelaki juga rasa bersedih..cuma dia tak menunjukkannya kesedihannya di depan orang.

* Bila seorang perempuan meminati seorang lelaki, perempuan itu patut bagi hint! Mana tau lelaki itu juga menaruh minat. Senang usahanya nanti...

* Adalah memalukan bagi lelaki jika tak berupaya menolong wanita.

* Kebanyakan lelaki cukup lemah dgn air mata perempuan. Mereka lebih tewas sekiranya air mata itu mengalir dari perempuan yg dikasihi. Sebab itu dikatakan air mata senjata perempuan.

Lelaki bukanlah sempurna 100%, walau bagaimanapun rupanya atau pandangan luarannya.
Jadi, perempuan janganlah mengharapkan semua yang hebat dari lelaki! Mereka juga normal dan mempunyai kelemahan!

p/s: yang pasti yer aku bkn lelaki ttp aku perlu sangat memahami hati seorang lelaki yg akan bakal menjadi suami ku :)

*ujie*

Aku & Kamu Abadi Selama yee..

nuffnang