meh klik kat sini!!!..

Rabu, 24 Disember 2008

Bila Aku Jatuh Cinta...




Bila seseorang jatuh cinta ketika dia sedang berduka kerana kehilangan kekasih hati maka cinta yang tercipta itu bukanlah cinta sebenar melainkan hanya seperti ubat khayal yang bertindak sementara sahaja dan kemudian akan merosakkan hatinya dua kali ganda malah berganda-ganda lagi selepas itu…kerana sesungguhnya aku boleh menipu orang lain tetapi bukan hati aku sendiri.


Amat mudah untuk aku membuka pintu hati kepada seseorang tetapi teramat sukar untuk aku menutup kembali pintu hati kita kepadanya selepas itu.Betapa indahnya apabila aku mencinta seseorang walaupun dia tidak membalas kembali cintaku. Tetapi betapa bencinya hati apabila seseorang begitu mencintaiku tetapi aku tidak menyukainya walau sebesar zarah pun. aku tahu… perasaanya sama seperti perasaan aku… ingin mencintai walaupun tidak dicintai. aku seharusnya mengHormati perasaannya tetapi aku tidak boleh memberikan harapan.


CINTA adalah ibarat air. Aku sangat memerlukannya di dalam hidup namun jika ia ibarat air di lautan ia akan menjadi ombak yang akan mengumbang-ambingkan hidup aku, jika ia ibarat air di kutub utara-selatan maka ia akan menjadi ketulan ais yang membekukan aku, jika ia ibarat air sungai yang mengalir tenang maka ia akan berterusan menghanyutkan aku ke muara, jika ia ibarat air terjun maka akan terhempaslah aku berulang-ulang ke bawah, jika ia ibarat air tasik yang tenang membiru maka aku dalam diam akan menyimpan berjuta keladak di dasarnya. Maka jenis air manakah yang aku inginkan… aku inginkan mata air yang suci lagi murni…walaupun keluar sedikit demi sedikit tetapi akan melimpahi perigi dan menghilangkan kehausan aku dengan sekali teguk sahaja.



Biarlah Aku menjadi cinta terakhir kepada seseorang kerana mungkin Aku sudah terlambat untuk menjadi cinta pertamanya tetapi Aku tidak akan pernah terlambat untuk menjadi cinta terakhirnya.Untuk selama ya...








*ujie*

9 ulasan:

Sunshine in the morning berkata...

owh..
indahnya bila da dpt cinta terakhir itu..

buat akak..
moga bahgia selalu ek..;DD

SRISUFI berkata...

salam ujie...

cinta yang hakiki ialah cinta oleh akal dan hati...tanpa melihat dan berjumpa ia sudah bertaut dan dapat dirasa kerana yang bersatu ialah hati dan diikat dgn tali Allah bukan dengan nafsu dan kepentingan diri...

Kapten Luffy berkata...

aku baca dengan penuh penghayatan

Sulamankasihabadi berkata...

sunshine...mmg indah..mekasih :-)

sri..betul tu.cinta untuk kepentingan sendiri akan memakan diri.bercinta lah dgn tulus dan ikhlas dr hati yg suci..


luffy :-)hayati & hargai lah cinta terakhir mu...

fq berkata...

memg menyanyat hti cte cnta ni...
sedih dbca...
2 pn nk kn pnghayatn lebh...
cnta yg terakhr mngkn cnta bl da kawen..

Yanmie berkata...

wah indah sunggu kata2 kat atas tu..

cIk pEnNa berkata...

sy doa kan semoga ujie mendapat kebahagiaan yg ujie nak..
;)

Sulamankasihabadi berkata...

fq...kdg2 dh kawen pon x semestiyer tu cinta terakhir..he3..mintak2 jgn la mcm tu ek..

yan...tak ada y indah dr yg indah2 belaka..:-)

Sulamankasihabadi berkata...

penna...-AMINNNN...-

Aku & Kamu Abadi Selama yee..

nuffnang