meh klik kat sini!!!..

Jumaat, 26 Disember 2008

Pantang Larang???



korang sudah bertemu pasangan yang serasi dengan korang?atau dh melayari alam perkahwinan?he3 nak kongsi la ape yang aku baca ni mana tahu leh uat panduan tuk aku & member2 yang lain kan..pe yang aku baca ni pasal pantang larang bakal pengantin.bab kawen2 ni mmg aku suka dgr.eh..crita pasal kawen lak ek.mcm kita lak yang nak kawen huhu..layan jer la…

Bagi yang bertunang atau bakal bergelar raja sehari, ada banyak pantang larang yang harus diikuti.Dalam masyarakat Melayu, sebaik ditetapkan hari perkahwinan, bermakna bermulalah pantang larang buat bakal mempelai itu.ape tu orang panggil..''Darah Manis''…x gitu?Apa yang ditetapkan harus diikuti demi kebaikan diri mereka. Orang Melayu yang terkenal dengan adat resamnya yang tinggi mempunyai amalan tertentu untuk kebaikan semua pihak.

Ia bukanlah menjadi kewajipan tetapi satu budaya masyarakat Melayu. Walaupun bakal pengantin masa kini jarang mengamalkan petua itu, tidak rugi jika ia diikuti.(aku tergolong dalam golongan yang tak mengikuti pantang larang ni he3)

Cuba selami betul-betul supaya anda dapat mendalaminya. Jika korang merasakan ia bersesuaian, mungkin korang bersetuju dengan apa yang dikemukakan. Jika sebaliknya, abaikan saja.(bukan semua yer leh pakai kan..ikut logik akal la ek)

· Jangan keluar dengan pasangan selama 40 hari sebelum diijab kabul untuk mengelakkan tohmahan masyarakat. Selain itu ia bertujuan untuk mengawal nafsu. Ia juga untuk menimbulkan perasaan rindu dendam. Perasaan yang timbul akan membuatkan wajah pengantin lebih berseri.(ha…yang ni no komen.x jumpa 40hari?try dulu ler...huhu)

· Jangan tidur di rumah orang takut terkena ilmu. Ia juga adalah untuk menjaga nama baik keluarga. (he3 klu g umah org x yah tido..klu x sempat nak blik g la sewa otel x pon g la tumpang tido kat mesjid)
· Jangan bebas keluar ke mana-mana kerana takut disantau oleh mereka yang mempunyai niat tidak baik. ( mcm mana ni ek..nampak yer dok umah je la )
· Jangan makan nasi dengan gulai berkuah beberapa bulan sebelum naik pelamin bagi mengelakkan perut buncit.(kalau mmg dh buncit macam mana lak..huhu)
· Elakkan makan ulam yang berbau busuk seperti petai dan jering.(emm..ni aku x phm knape lak x leh mkn??sapa nak tolong jawab?)
· Jangan bercermin terutama selepas Maghrib ke atas bagi mengelak diri dari terkena sihir.(sihir?emmm zaman sekarang pon org main sihir2 ek)
· Jangan membuang air kecil dan air besar serentak di dalam air contohnya dalam sungai, kolah kerana ia boleh melemahkan organ seks.(tandas banyak..x da alasan nak buang benda itu semua kat tempat mcm tu he3)
· Elakkan mandi malam kerana tidak elok untuk sendi-sendi.(ni mmg aku ikut dr dulu..bising mak aku kalau aku mandi mlm2)
· Kawal makan iaitu sekali makan setiap hari (mengikut sesetengah adat). (lapo la mcm ni..seksa ni..aku kuat makan..)
· Kaum lelaki elakkan memakai seluar dalam yang ketat pada waktu malam dan tidur meniarap kerana tidak bagus untuk organ seks kerana darah tidak mengalir.(ni no komen sbb aku bkn lelaki..he3)
· Elakkan terlalu banyak makan makanan laut kerana ia mengandungi banyak toksid.(tu la makanan kegemaran aku…)
· Tiga bulan sebelum berkahwin, mula membuat urutan supaya pengantin mempunyai tenaga yang cukup sebagai persiapan.(urut?hehehe..)
· Amalkan makan telur ayam kampung dua kali seminggu yang dicampur madu dan lada hitam yang ditumbuk untuk menambah tenaga. (eee…aku x suka mkn telo ayam)
· Bagi mereka yang banyak angin, minum air halia untuk membuang angin. (ni aku selalu amalkan he3)
· Belajar ilmu rumah tangga daripada orang yang berpengalaman dan sudah berkahwin tentang rahsia memikat isteri supaya rumah tangga aman dan damai. (ni kena taya mak aku la cara nak pikat suami he3)
· Cukupkan waktu tidur tujuh hingga lapan jam sehari. (hari2 aku x cukup tido…)
· Elakkan minum minuman keras dan merokok. (mmg aku tak uat benda ni..myb bakal suami aku kot yg merokok,tu pon aku rasa dia nyorok2 bila merokok..)
· Elakkan terkena cahaya matahari kerana dikhuatiri hitam dan tidak berseri pada hari perkahwinan. (ni yang payah ni..dah mmg aku hitam hahaha)
· Banyakkan baca surah-surah bagi mengelakkan gangguan syaitan. Sentiasa mengingati Allah. (amalan yang selalu dibuat)
· Jangan makan sebebas-bebasnya kerana ketika ini sistem dalaman tidak stabil. (aku kuat makan..macam mana nak control ni)
· Jangan terlalu terdedah kepada keluarga lelaki (simpan diri). (ok…aku simpan dalam peti besi)
· Jangan berembun atau keluar malam bagi mengelak unsur jahat. (yang ni boleh ikut sbb x elok anak dara kuar mlm kan he3)

· Jika sudah nikah gantung tidak boleh bersama. (ni kes teruk…dah nikah x leh bersama..seksa kat pasangan ni..elak lah nikah gantung ek .hehehe)
· Jangan buat kerja yang berat kerana apabila pengantin membuat kerja berat, dia akan berasa penat dan mudah terjadinya gangguan emosi. ( nama pun raja mana leh uat keje he3)
· Sebelum menjadi pengantin, katil kelamin tidak boleh ditiduri oleh pengantin kerana tidak manis. (kena tidur kat lantai la nampak yer…)
· Lempar baju di atas bumbung rumah tanpa diketahui orang lain bagi mengelak hujan turun ketika majlis berlangsung. (akak aku buat la benda2 gini dulu masa dia kawen..emmm…no komen..)
· Dilarang memandang cermin ketika disolek kerana dikhuatiri hilang seri. (nampak yer x berbedak la aku..)
· Kedua pengantin dilarang bercakap ketika bersanding kerana kurang manis dipandang tetamu. (kalau dah kat atas pelamin bisu seribu bahasa la…he3)
· Jangan makan leher ayam nanti dikhuatiri kepala senget masa bersanding. (ha..yang ini aku suka sangat&selalu dgr…dulu kecik2 mak aku larang makan leher ayam sbb benda ni la..tp sekarang nak mkn pon mak x nampak he3)

Haiii….larat ke kalau aku nak ikut semua pantang larang ni…banyak btol pantang larang yer…..alahaiiiii…… yang nak bertunang @ yang baru bertunang....Selamat Bertunang....n yang baru @ akan berkawen tu Selamat Pengantin Baru @ yang dh lama berkawen Selamat Pengantin Lama la yer..hahahaha...n yang x kawen2 lagi sabo je la ek...



16 ulasan:

ku tak sempurna berkata...

banyaknya pantang larang...
tp kebykan sgt berguna... so, apa salahnya kita ikut... :D

ujie berkata...

KTS...he3 mmg x salah.

pEnNa berkata...

Ujie..
tuk petai + jering tuh..sebab x mo la mulut pengantin berbau busukk..
parah dah tuh!
hehehe
;)

manyak sggh pantang larang nye..
nak dengan x nak ikut aje..
;)

::SRISUFI:: berkata...

adui...byk nye pantang larang....
hikhs..
tapi segala pantang larang ytang telah digariskan berlandaskan syariat mmg sgt2 'patut' dituruti...ada rahsia kenapa dan mengapa disuruh dan ditegah buat sedemikian...

1 nya kerna setiap pasangan yg belum muhrim bila berduan akan ada 1 lagi 'kawan' yakni syaitan yg sentiasa membangkitkn 1001 bagai nafsu...

hurmmm..yang penting pandai jaga diri...

**nasib baek lum ada kaitan apape ngan kat atas tuh...hehehe

ujie berkata...

penna...x kan la makan petai gan gering sekarang ni sebulan bau lagi kot..hahaha..

ujie berkata...

sri-ehemmm...entah2 tahun dpn kot sri ada kaitan dgn semua tu..he3

aah..pantang larang ni mmg semua ye boleh pakai sbb semua yer ada alasan yang tersendiri...

pEnNa berkata...

ujie..aishh..
ne la tau ujie!
kerap benor makan nye..
hahahahha
;)

dayen_pinkpanther_pucca berkata...

erm, dekat sbh pon bnyk pantang larang tau! huhuhu...

naz ilyn berkata...

Salam...

banyak betul pantang larang... tapi kalau yang baik tak salah kita ikut... zaman sekarang ni baru bertunang jer dah macam suami isteri... rasa-rasanya elok pantang larang ini diamalkan untuk mengelakkan perkara yang tak baik berlaku..kan kan

Monkey D Luffy berkata...

darah manis ni selalu terjadi tau

ujie berkata...

dayen...wooo..lg banyak dr tu ker.he3 parah la org2 sabah..

ujie berkata...

ws..naz ilyn,betol tu..mmg elok guna pantang larang mcm tu sekarang ni..

ujie berkata...

luffy,terjadi pe ek emmm..

Sunshine in the morning berkata...

ehem..mcm da bau2 je nsi mnyak nh..
hehe..

siap sedia ye kak..;DD

kuIna Jentayutiara berkata...

org tua2 dulu byk pantng larang.. berguna tau tp sesuaikn dgn keadaan skrang yer..

ujie berkata...

yes..betol tu kuina..

Aku & Kamu Abadi Selama yee..

nuffnang