meh klik kat sini!!!..

Rabu, 22 April 2009

KENANGAN MAJLIS KENDURI UMAH HUBBY 1...

ni cerita 2 bulan yang lepas..majlis meyambut menantu he3...majlis kecik je..jemput sedara mara terdekat je...tp meriah..he3..




yang ni bukan mak andam...tak de sijil yang ditauliahkan untuk dia he3..ni adalah adik no.2 hubby...juru solek x dapat datang atas sbb2 tertentu..kucing dia beranak kata ye..he3..so x tahu la pe jadi kat muka aku ni..hantam saja la...he3





hubby tgk pun risau he3..bepeluh menunggu he3..





ni adalah mak n papa hubby..(mertua aku)satu dari kiri dan 3 dari kiri kalau korang igat lagi cerita dulu2, mesti ada keluar muka papa hubby ni..sbb dia ni dulu aktif berlakon mcm2 cerita..(sayang saleha, uda dan dara n lain2 aku da lupa ler )..he3...sekarang tak lagi...





korang kenal tak sapa tu??he3..artis vateran datang memeriahkan majlis..yang dalam gambar tu 2 dari kiri tok ki hubby...


(GAMBAR X ABIS TEMPEK LAGI KAT SINI..PC DA PENING..)

BERSAMBUNG.....HE3

Selasa, 21 April 2009

Hubby Tahu la!!

jam menunjukkan pukul 4.15 petang...keja x siap lagi..asik2 salah..susah betol nak puaskan hati org atasan ni..he3..nama pon keje..bertindak mengikut arahan..

x seperti biasa, hari ni hubby yang jemput aku balik keje sbb kawan sekerja ku kursus selama 3 hari...so selama 3 hari la hubby kena hantar n jemput aku kerja..so ada peluang la nk datang keje lewat sikit..sbb naik moto he3..kalau naik kete x leh lewat seminit...

turun je opis, hubby dah senyum2...nampak ye penat menunggu..terlewat sikit..ampun..x sengaja terlewat..he3.kerja harus di selesaikan...

dalam perjalanan balik aku selalu berangan..hari ni aku berangan nak makan rojak..alangkah sedapnya kalau dpt rojak dgn cendol petang2 macam ni he3..tiba2 hubby bersuara...''..pe kata kita beli rojak...'' ha???mcm mana hubby tahu ni?rasanya aku senyap je dok belakang ni..he3..pe lagi senyum melebar la...x yah minta hubby da tahu...

emmm.. sehati sejiwa....emm..sejak aku kenali hubby dulu..mmg aku dah perasan yang hubby seakan tahu isi hati aku...senang keje aku..x yah merenggek nak minta itu, minta ini...he3...hati aku leh tolong sampaikan kat hubby he3.

p/s : pas ni nak berangan yg best2 la..he3

*ujie*

Isnin, 20 April 2009

Istimewa Untuk Korang..sapa nk cepat!!

:: RULES ::
** Copy image di atas
** Tulis sebarang komen mengenai pemberiannya
** Beri kpd mana2 bloggers yg kamu suka (unlimited)

terima kasih kepada eida sbb sudi bg award kat ujie..mekasih daun keladi lain kali bagi lagi ek he3..ok..ujie rasa ada lagi award yang ujie x ambik dari korang..ampunn...aku mmg sibuk sjak bergelar isteri..pekara yg perlu di dahulukan aku dahulukan..takut2 ada lak yg berkecil hati...suami perlu diutamakan..he3


ok sekarang aku lak bagi kat korang..tp aku memerlukan khidmat posman untuk membantu aku merealisasikan niat ku ni..he3..



disbbkan aku mgunakan khidmat posman, so dah tentu aku memerlukan alamat korang kan.he3..uat masa sekarang aku akan mula poskan kat korang yang ada bagi alamat rumah pada aku...he3..so, sapa2 yang ada terima sesuatu yg pelik jgn panic...buka sampul surat tu dengan senyuman yang paling manis he3..n simpan sebagai tanda persahabatan...

p/s: sapa2 yang nak....., sila isi borang permohonan...sebelum tarikh tutup penyertaan... bagi alamat je..he3..sementara stok masih ada...(special edition - 10 sahaja) setakat ni aku ada 3 alamat je..tinggal 7 lg..cepat!!sapa cepat dia dapat...

Sabtu, 18 April 2009

kelebihan wanita islam

1. Seorang wanita solehah adalah lebih baik daripada 70 orang wali.

2. Seorang wanita solehah adalah lebih baik daripada 70 lelaki soleh.

3. Seorang wanita yang jahat adalah lebih buruk daripada 1,000 lelaki yang jahat.

4. 2 rakaat solat dari wanita yang hamil adalah lebih baik daripada *80 rakaat solat wanita yang tidak hamil.

5. Wanita yang memberi minum susu kepada anaknya daripada badannya(susu badan) akan dapat satu pahala daripada tiap-tiap titik susu yang diberikannya.

6. Wanita yang melayan dengan baik suami yang pulang ke rumah di dalam keadaan letih akan mendapat pahala jihad.

7. Wanita yang habiskan malamnya dengan tidur yang tidak selesa kerana menjaga anaknya yang sakit akan mendapat pahala seperti membebaskan 20 orang hamba.

8. Wanita yang melihat suaminya dengan kasih sayang dan suami yang melihat isterinya dengan kasih sayang akan dipandang Allah dengan penuh rahmat.

9. Wanita yang menyebabkan suaminya keluar dan berjuang ke jalan Allah dan kemudian menjaga adab rumahtangganya akan masuk syurga 500 tahun lebih awal daripada suaminya, akan menjadi ketua 70,000 maalaikat dan bidadari dan wanita itu akan dimandikan di dalam syurga, dan menunggu suaminya dengan menunggang kuda yang dibuat daripada yakut.

10. Wanita yang tidak cukup tidur pada malam hari kerana menjaga anak yang sakit akan diampunkan oleh Allah akan seluruh dosanya dan bila dia hiburkan hati anaknya Allah memberi 12 tahun pahala ibadat.

11. Wanita yang memerah susu binatang dengan "bismillah" akan didoakan oleh binatang itu dengan doa keberkatan.

12. Wanita yang menguli tepung gandum dengan bismillah", Allah akan berkatkan rezekinya.

13. Wanita yang menyapu lantai dengan berzikir akan mendapat pahala seperti meyapu lantai di baitullah.

14. Wanita yang menjaga solat, puasa dan taat pada suami, Allah akan mengizinkannya untuk memasuki syurga dari mana-mana pintu yang dia suka.

15. Wanita yang hamil akan dapat pahala berpuasa pada siang hari.

16. Wanita yang hamil akan dapat pahala beribadat pada malam hari.

17. Wanita yang bersalin akan mendapat pahala 70 tahun solat dan puasa dan setiap kesakitan pada satu uratnya Allah mengurniakan satu pahala haji.

18. Sekiranya wanita mati dalam masa 40 hari selepas bersalin, dia akan dikira sebagai mati syahid.

19. Jika wanita melayan suami tanpa khianat akan mendapat pahala 12 tahun solat.

20. Jika wanita memberi susu badannya kepada anaknya yang menangis, Allah akan memberi pahala satu tahun solat dan puasa.

21. Jika wanita memicit suami tanpa disuruh akan mendapat pahala 7*tola emas dan jika wanita memicit suami bila disuruh akan mendapat pahala tola perak.

22. Wanita yang meniggal dunia dengan keredhaan suaminya akan memasuki syurga.

23. Jika suami mengajarkan isterinya satu masalah akan mendapat pahala*80* tahun ibadat.*

24. Semua orang akan dipanggil untuk melihat wajah Allah di akhirat, tetapi Allah akan datang sendiri kepada wanita yang menjaga auratnya iaitu memakai purdah di dunia ini dengan istiqamah.

Dipetik daripada Bayan Mastura Oleh Syed Ahmad Khan; Januari 1992.

Hadis nabi mengenai wanita.


Doa perempuan lebih makbul daripada lelaki kerana sifat penyayang yang lebih kuat daripada lelaki.Ketika ditanya kepada Rasulullah akan hal tersebut, jawab baginda, "Ibu lebih penyayang daripada bapa dan doa orang yang penyayang tidak akan sia-sia".


semua ni aku copy sebijik dr email seorang sahabat nun jauh di selatan he3..aku secara tak sengaja telah menjadi sahabat ye setelah aku tersilap orang. mati2 aku igat yang dia tu member lama aku..rupanya nama je sama..orang ye lain..yang pelik ye email dia ni sama dgn email member aku tu..he3..eee malu ye aku...he3

p/s : member lama aku tu da lama menghilang sejak aku beri tahu dia yang aku nak kawen.majlis kawen aku pon dia tak datang... walau apa pun, dimana pon dia berada..aku doakan dia happy selalu..n sentiasa diberkati...

Cinta atau Derita

cinta??

he3 ada apa dengan cinta..cinta buat kita 'makan x keyang,tido x lena, mandi x basah' tu la yang aku selalu dengar..he3..cerita pasal cinta ni kadang2 uat aku pening.semua orang akan melalui situasa ni kan..tp aku x la sampai makan x keyang..selalu ye keyang aje he3..

ok melalut lak aku ke situ...

aku sebenarnya kecian kat member aku ni..banyak betol masalah dia.masalah dengan family, masalah dengan balak ye, masalah dengan kawan2 dan macam2 la..& aku sebagai kawan aku hanya mampu bagi nasihat & menjadi pendengar yang setia.bukan ye ape...aku tahu dia ni cuma nak ada orang ambik berat pasal dia. so,tak salah la aku ambik berat untuk insan yang bernama teman..dan aku cukup happy bila dia ketawa pabila aku uat lawak..(ops..aku bukan pelawak cuma untuk megembirakan hatinya sahaja)...

semalam..aku betol2 terharu.boleh dikatakan setiap hari dia akan meluahkan perasaan ye pada aku...dan itulah pertama kali aku melihat air mata kesedihan hidupnya.

dan aku mula terdetik dalam hati. rupanya ada orang yang lebih susah dari aku.

minggu depan besday dia...dan aku nk uat satu kejutan untuk dia.harap dia happy.itu je yang aku mampu buat untuk dia.apa yang aku harapkan dia tabah dalam menempuh dugaan..

dan aku

doakan dia diberikan petunjuk dan jalan keluar untuk semua kesukarnya..-amin-

p/s: hidup tanpa cinta buatkan kita derita...dunia akn sunyi sepi tanpa bicara sayang dari insan yang dicintai dan myintai...

*ujie*

Rabu, 15 April 2009

Mood baru!!

Minggu ni nak mulakan dengan mood baru..he3..

Kena selalu pikir perkara yang mengembirakan.
Ok lupakan benda yang da lepas..he3..
Anggap je macam x de pe2 yang berlaku...

Hari minggu..
bercuti...balik kampung aku..
syok cuti kali ni.hubby pon ikut sama enjoy.
Kali ni hubby leh join abg n adik aku tangkap ikan dkt belakang umah...

Aku lak dah lama x ikut emak n abah g masuk kebun..carik pucuk paku merah..
Korang pernah makan ker pucuk paku merahh?myb kat tempat lain orang panggil pucuk midin..he3 sedap gitu... pertama kali hubby makan dia da jatuh hati kat sayur tu he3..

Sekali sekala berjumpa mmg best macam2 cerita..lebih2 lagi hubby yg suka melawak..ada aje bahan nak dicerita...

apa2 pon aku sonok balik kampung kali ni...

gambar x leh nak tempek kat sini kerna pc aku ni lembab mcm kura2 ahaks.....pc ni aku baru bawak dari kampung.so sekarang aku n hubby leh online sama2 x yah nak gaduh2 he3...walaupun ianya lembab,ia pernah berjasa pada aku sejak zaman sekolah lagi he3...

p/s : minggu ni jom kita g ulu yam.mandi air terjun pulak he3..


*ujie*

Khamis, 9 April 2009

Berlagak Bagus @ Memang Bagus…???

Aku Bukan La Dari Golongan Yang Bagus...Dan Aku Mengaku Aku Bukan ye bagus ...Tapi Aku Paling Benggang Dengan Golongan Yang Berlagak Bagus..Kalau Bagus Tak Pe..Myb La Aku Boleh Respek...Leh Tabik Springggg Gitu...Yang Berlagak Bagus Ni Bagi Aku Golongan Ni La Yang Mmg Aku Anti...

Cakap Je Pandai..Buat Ye Tidak....Diri Sendiri Terumbang Ambing...


Bagi Mereka Yang Berlagak Bagus Ni Susah Nak Terima Pendapat Orang Lain.Sbb Dirinya Sahaja Yang Betul.Bukan Ye Aku Tak Tahu Bagaimana Kehidupan Nya..Ok.Tu Dia Punya Pasal.Itu Daya Tarikan Yang Dia Ada.Berlagak Bagus Untuk Orang Yang Tak Sememangnya Bagus Macam Aku Ni....


Ok La Aku X Boleh Menghukum Orang2 Sebegini Kerna Siapa La Aku Di Mata Mereka & Aku Adalah Insan Yang Hanya Mengenal Siapa Diri Aku Sahaja ahaksss...

Mungkin Aku Hanya Boleh Diam Tengok & Lihat Sejauh Mana Mereka...Hidup Ni Tak Selalunya Dia Atas...Aku Redha Bila Aku Berada Dibawah.



Mungkin Sesuai Dengan Namaku....

'Uji'selalu Diuji Dengan Pelbagai Dugaan...


Serius....


Dugaan Yang Pernah Aku Alami Dulu Lebih Teruk Dari Sekarang.Lebih Teruk Dari Mereka2 Yang Bercakap Bagus.Kehidupan Mgajar Aku Semua Ni Dan Kehidupan Mgajar Aku Menilai Seseorang.Biarkan !!!Tp Aku Mampu Lagi Tersenyum Bila Aku Lihat Ada Yang Masih Menyayangi...Kawan???Mungkin Kawan Ketika Gembira n ketika sedih,mungkin la segelintir sahaja....Keluarga??Ya Mungkin Tu La Dorongan Untuk Aku Kuat Berdiri.Bertuahnya Aku!!



Wahai Ujie...

Tidak Kah Engkau Tahu Engkau La Orang Yang Paling bahagia...

Engkau Puya Emak Yang Terlalu Mcintaimu..

Engkau Punya Abah Yang Sentiasa meyokongmu..

Engkau Puya Suami Yang Terlalu Memahami..

Engkau Puya Segalanya…

Engkau Abaikan Segala Yang Myakitkan..

Mungkin Itu Yang Terbaik Untuk Engkau…

Aku Tahu Siapa Engkau

Tak Usah Engkau Tangisi Dan Kesali

Kerna Aku Adalah Engkau..

Dan

Engkau Adalah Aku…

Kita Serupa…

Kuatkan Keyakinan Engkau…

Segalanya Bermula Dari Diri Engkau Sendiri..



Dan aku...

Mungkin Aku Perlu Memikirkan Hidup Ku Dari Kehidupan Orang Lain…Aku Akan Bermula Dengan Kepentingan Diri Aku Sendiri..Tak Guna Memikirkan Orang Lain Kerna Itu Semua Myakitkan..



Ya...

Engkau Teruskan Dengan Apa Yang Engkau Pikirkan.

Hentikan Untuk Orang2 Yang Tak Memberi Apa2 Untuk Diri Engkau..



Dan Aku..Tahu

Orang Yang Berlagak Bagus Ni Hanya Dia Yang Tahu Siapa Dirinya...



Kepada -> Orang Yang Berlagak Bagus ni...


Hey Orang Yang Berlagak Bagus...jikalau Engkau Bukak N3 Aku Ni.(itu pon kalau engkau terbaca lah n mungkin juga engkau bukan kaki blog.. tu aku x mau sentuh)..Mungkin Engkau Akan Terasa Panasnya...Pedulik Apa Aku!!...Engkau Adalah Engkau Dan Aku Adalah Aku...Idup Engkau,Engkau Punya Pasal...Aku Dah Cukup Sakit Untuk Semua Ni..Satu Persatu Aku Nilai..& Ni La Yang Aku Dpat Untuk Diri Aku...& Akhirnya Aku Tersenyum Dengan Lagaknya...

Semoga Engkau Bahagia Dengan Lagakmu...



Selamat Berlagak Bagus...!!



P/S: Korang Yang Rasa Bagus..Teruskan...Good Luck!!Ops..Yang Berlagak Bagus Pun Teruskan Tu Hak Korang.He3...aku tetap aku...He3.



*ujie*

Khamis, 2 April 2009

Klinik , Doktor n Aku...


gambar Hiasan

Hari ni da masuk seminggu aku sakit .dalam sakit2 ni pon g keje jugak...semalam baru aku berani kan diri g klinik...aku org yang paling malas nak g klinik...atas sebab2 tertentu..he3...semuanya bermula dari doktor yang aku rasa kureng betolnya..janji masyukkk jer...

cerita 1

bulan lepas aku da terkena dgn sorang doktor ni di klinik p......masa tu aku sakit kepala. ada ke patut dia kata aku ni sakit mental.setahu aku dalam keturunan aku x penah ada yang kena sakit mental ni he3.....gila betol la doktor ni..aku tengok doktor ni pon tak de selera..gaya rambut nya yang panjang n berikat itu sungguh myakitkan hati aku.langsung x ada gaya seorang doktor..aku rasa doktor tu yang sakit mental...bukan ye aku..yang peliknya ramai lak yg suka g klinik ni.sekarang baru la aku tahu yang klinik ni jual mc...aku dpt tahu tu pon dari sumber2 yang aku boleh percayai la...cissss..sungguh kurang sopan betol...menipu...itu la kali pertama n terakhir aku g klinik tu..

cerita 2

Klinik yg kedua,klinik R....sejak aku dok selayang ni ada lah 2-3 kali aku g klinik ni...naik muak aku dengan jawapan ye...asik2 salah urat.sakit x leh bangun pon salah urat gak.. pelik la..3x g 3x la jawapan yang sama...bayar je mahal...

Sebelum ni bukan x mau g klinik kerajaan,memikirkan terlalu ramai org.malas nak menunggu terlalu lama…

cerita 3

Berbalik pada tahun 2007.masa tu aku diserang demam denggi..kira serius gak la..daftar pukul 2 petang,dpt rawatan pukul 11mlm...korang bayangkan 9 jam aku menunggu.membuatkan aku fobia...

dan sekarang ni...

da kawen kena gak paksa gan hubby...he3..kalau sebut je klinik,mcm alasan yang aku berikan...

sekarang da x leh bagi alasan kalau dah kena paksa...kena g jugak...lebih2 lagi klinik kerajaan sekarang ni dah bukak sampai pukul 9mlm...so x de masalah dengan doktor2 yang kureng betol tu...he3..puas hati bayar seringit je..janji dpt ubat n cepat elok he3..bak kata hubby jimat...he3





*ujie*

Aku & Kamu Abadi Selama yee..

nuffnang