meh klik kat sini!!!..

Isnin, 26 Januari 2009

Andainya perempuan tahu....

Andainya perempuan tahu....

* Lelaki juga boleh menjadi seseorang yang begitu sensitif dan mengambil berat (prihatin)

* Jika seseorang lelaki meminati wanita, wanita itu tak semestinya cantik. Cukup dengan budi bahasa dan kesopanan yang tinggi. Malah lelaki boleh menyukai wanita yang mempunyai banyak persamaan dengannya samada dari segi pemikiran atau minat. Oleh itu, banyak yang boleh dibualkan atau dikongsi bersama.

* Kebanyakan masa, lelaki sebenarnya tidak mengetahui perasaan sebenar yang dirasakan oleh seorang wanita.

* Lelaki boleh menerima penolakan dengan baik.

* Lelaki cuba menonjolkan sikap kelakiannya untuk menambat hati wanita...

* Lelaki memang dilahirkan dgn perasaan yg kuat terhadap wanita.. sebab itu mereka suka melihat wanita, menjeling wanita dan menonton Baywatch! Atau mencuci mata di tepi pantai atau swimming pool.

* Kebanyakan lelaki resah bila berhadapan dengan situasi ingin mengajak wanita keluar kali pertama!

* Lelaki cuba meniru gaya selebriti atau berlagak macho hanya kerana ingin memikat hati wanita.

* Bila lelaki cakap.."Emm..tengoklah dulu".. itu seringkali bermaksud dia berkata tidak atau kurang setuju.

* Bila lelaki cakap direct to the point dalam sesuatu hal, dia sebenarnya ingin bersikap jujur dan berterus-terang dan mengharapkan wanita memahami maksudnya.

* Kebanyakan lelaki yang nampak 'desperate', datang dari sekolah all boys!

* Adalah biasa lelaki cemburu terutamanya apabila perempuan asyik menyebut nama lelaki lain.

* Lelaki tak boleh belajar kesemuanya pasal perempuan dari library atau buku semata2. Oleh itu mereka selalu keliru dengan sikap perempuan.. dan tak faham kenapa perempuan bersikap begitu begini... Kadang2 lelaki perlu mengetahui lebih mendalam tentang bagaimana berhadapan dengan perempuan supaya hubungan dapat berjalan dengan lebih baik.

* Betapa hebatnya lelaki itu bersikap romeo dan 'flirting' dengan ramai wanita.. dia tetap hanya ada seorang teman wanita yang istimewa...yang lain hanya kawan..

* Bila lelaki tertengok dada wanita dan wanita itu menyedari... maafkan saja. Kebanyakan lelaki tak sengaja.... Mereka merasakan kejadian wanita itu begitu indah!

* Bila sesuatu hubungan putus di tengah jalan, lelaki juga rasa bersedih..cuma dia tak menunjukkannya kesedihannya di depan orang.

* Bila seorang perempuan meminati seorang lelaki, perempuan itu patut bagi hint! Mana tau lelaki itu juga menaruh minat. Senang usahanya nanti...

* Adalah memalukan bagi lelaki jika tak berupaya menolong wanita.

* Kebanyakan lelaki cukup lemah dgn air mata perempuan. Mereka lebih tewas sekiranya air mata itu mengalir dari perempuan yg dikasihi. Sebab itu dikatakan air mata senjata perempuan.

Lelaki bukanlah sempurna 100%, walau bagaimanapun rupanya atau pandangan luarannya.
Jadi, perempuan janganlah mengharapkan semua yang hebat dari lelaki! Mereka juga normal dan mempunyai kelemahan!

p/s: yang pasti yer aku bkn lelaki ttp aku perlu sangat memahami hati seorang lelaki yg akan bakal menjadi suami ku :)

*ujie*

12 ulasan:

ONE ZABA berkata...

andainya ujie tahu betapa nikmatnya cuti...fuhhhh... rasa tak mau bangun tido.

ujie berkata...

eee....uwaa..sampai ye hati...

x per biar la ujie di sini mghabiskan sisa2 waktu yang ada..huhu...

tinggal seminggu je lagi..

pas tu good byee ler..he3

AiE bAhRi berkata...

Sebab tu ada puisi yg mengatakan jangan mengharapkan isteri sesempurna saidatina aisyah andai diri tak sehebat saidina ali karamullahu wajhah..

kak ujie,
selamat menempuhi alam baru bersama lelaki yang disayangi =)

Jadikan diri untk lengkap melengkapi antara satu sama lain.

ujie berkata...

aie..thanks...

btol pe yg aie komen tu..manusia ni kan x semesti yer sempurna..

::SRISUFI:: berkata...

salam...
pertama nak puji lagu ni...

hehehe
semakin dekat saat ijab...selamat segalanya ye ujie..


dun sedih2

=)

ujie berkata...

sri,..thanks

:) x sedih..cuma berdebar-debar jer he3

Monkey D Luffy berkata...

ahaks... bagus entri ni untuk memahami lelaki... tapi yg meniru macho tu rasanya kurang betul

- jinggo - berkata...

saya...baca dan faham
tapi tak reti nak tulis apa2 lagi....
apa2 pun kita saling lengkap melengkapi

ujie berkata...

luffy...x betol ek.he3..tp nk kelihatan macho tu da semesti yer kan he3

ujie berkata...

jinggo..tu la yg sepatut yer..
saling lengkap melengkapi utuk trus bahagia:)

pEnNa berkata...

bagus artikel nih..
;)

ujie berkata...

penna..dua2 kena saling paham memahami ok he3

Aku & Kamu Abadi Selama yee..

nuffnang