meh klik kat sini!!!..

Isnin, 19 Januari 2009

Hairan???

7 Perkara Yg Menghairankan


1). Aku hairan melihat orang yang sudah tahu bahawa dia akan mati, tetapi masih ketawa :-)



2). Aku hairan melihat orang yang sudah tahu bahawa dunia akan binasa, tetapi masih mencintainya.



3). Aku hairan melihat orang yang sudah tahu bahawa semua perkara terjadi menurut takdir, tetapi masih bersedih kerana kehilangan sesuatu.



4).Aku hairan melihat orang yang sudah tahu bahawa di akhirat ada perhitungan, tetapi masih sibuk mengumpulkan harta.



5). Aku hairan melihat orang yang sudah kenal dengan neraka, tetapi masih melakukan dosa.



6). Aku hairan melihat orang yang sudah mengenal Allah dengan yakin, tetapi masih mengingat selainNya.



7). Aku hairan melihat orang yang sudah mengenal syaitan sebagai musuhnya, tetapi masih mahu mematuhinya.


p/s: korang hairan tak?atau korang saja2 uat x hairan ahakss…


*ujie*

22 ulasan:

- jinggo - berkata...

Ujie.Saya pun banyak perkara hairan sejak akhirnya ni.
satu : hairan kenapa orang israel tu tak ada anak ke..kalau anak sendiri kena baru dia tau.
dua : hairan kenapa faizal tahir warnakan kuku
tiga : orang kalah tu asyik jadi alasan aja..
kita kalah sebab....

heran den....

@cu SaYaNg berkata...

apa nak di heran kan ujie
manusia mudah lupa
ujie,aku ada tag ko kat blog aku
sila jawab ye...

Tie berkata...

Hmmm....kak tie bukan hairan...

Cuma terkejut! Tengok Faizal Tahir nampak mcm cun pulak masa juara lagu tu!! macam pompuan laa....hi hi....

ONE ZABA berkata...

saya pun heran jugak ujie. ada org dah dekat nak kawen, masih sempat nak berblog. hisss... hisss .... daun inai dah petik ke belum tu ujie? Kad jemputan dah edar ke belum? telur ayam dah beli ke belum? baju pengantin dah siap jahit ke belum? banyak lagi la?????

Yanmie berkata...

ish...ish...mmg betul kata One Z..ehehe..xpe..ujie kan cam kak yan gak..blogger tegar...hahaha..

rantong berkata...

Sekadar mengingatkan. Amalkan doa ini.

Dari Surah Al-Baqarah ayat 286, bermaksud;

"Ya Tuhan kami, janganlah Engkau hukum kami jika kami lupa atau kami melakukan kesalahan. Ya Tuhan kami, janganlah Engkau babani kami dengan beban yang berat sebagaimana Engkau bebankan kepada orang-orang sebelum kami. Ya Tuhan kami, janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang tidak sanggup kami memikulnya. Maafkanlah kami, ampunilah kami, dan rahmatilah kami. Engkaulah Pelindung kami, maka tolonglah kami menghadapi orang-orang kafir".

ujie berkata...

jinggo..sejak bila jd org nogori ni.he3 hairannnn...ahakss...

ujie berkata...

acu..adoi..ni lagi la hairan asik kena tag jer..hehe..nak kena jwb gak ker :)

ujie berkata...

kak tie..pempuan melayu terakhir ek hahaha..

ujie berkata...

one z..jgn ler perli..ujie ada masa 2 minggu lagi nak bersenang lenang hehehe..pas tu start 2hb2 ujie stop 2 minggu..x de hairan ler huhu..

yang hairan ni kita yang tgh keje masih sibuk nak berblog hahaha

ujie berkata...

kak yan..hehehe..sokong2

ujie berkata...

rantong..mekasih

Monkey D Luffy berkata...

hairan jugak... tapi itulah manusia... mahkluk mudah lupa

ujie berkata...

luffy..kita la mahkluk tu kan :)

:: REPUNZLE STORIES :: berkata...

hai akak ujie..

pelik?
nape akak?
saya adik kak sri.tapi diam2 je akak.kak sri kat sarawak lagi.dia kurang sihat.

maaflah saya ni baru belajar menggodam blog kakak saya.

hehhhhhheee

ujie berkata...

repunzle..ooo patut ar tahu akk kenal gan akk sri ek..pandai adik dia ni hehehe

naz ilyn berkata...

salam...

hairan tengok pungguk asik tertipu dengan sinaran cahaya rambulan pada hal terbang tinggi pun tak mampu...

ujie berkata...

naz ilyn huhu...pe la nasib si pungguk tu ek hehehe

DrSam berkata...

memang bumi sudah tua. jadi tak hairanlah bila ramai masih tak hairan dengan tanda-tanda keuzuran dunia tersebut.

ujie berkata...

dr sam..tu la pasal.kalau la dunia ni boleh mjerit kesakitan............

khairul onggon berkata...

errr... hairan bila manusia terkena penyakit al-wahan... (cinta dunia & takut mati)... sedangkan dunia sementara, mati itu pasti... hehehe..

ujie berkata...

:) bgus2 khairul

Aku & Kamu Abadi Selama yee..

nuffnang