meh klik kat sini!!!..

Jumaat, 16 Januari 2009

Pikat Hati....

Hari Ni Aku Nak Menuntut Ilmu Pikat Hati Mak Mertua..Hahaha…


Kehidupan Aku Akan Lebih Mencabar Bila Aku Memegang Status Menantu Sulung..N Yang Pasti Yer Aku Akan Naik Pangkat Sebagai MAK LONG..Ahaksss…Dan Yang Pasti Yer Abg Misai Akan Turun Pangkat Dalam Family Aku Pulak…Hehehe3


SEBAGAI Menantu Sulung Dah Tentu Aku Kena Memainkan Peranan Dalam Keluarga, Mungkin Barangkali Sukar Berkomunikasi Dengan Keluarga Mentua Kan.
Mak mertua aku ni org yer ok..hehehe..suka melawak n aku suka tgk dia ketawa..sbb ada terowong..ahahhahah



Menyesuaikan Diri Dengan Mentua Bukan Fenomena Baru Bagi Korang Yang Dah Berumah Tangga Kan. Sebagai Menantu Perempuan Sulung , Aku Yang Mmg Ada Sikap Malu2 Kucing Ni Akan Ada Masalah Sikt Dalam Berkomunikasi Ahakss…So..Abg Misai La Yang Akan Bantu Aku Dalam Hal2 Gini.
Pagi Td Aku Ada Terbaca Artikel Ni..Sememang Yer Mmg Aku Nak Tahu Ilmu2 Gini Sebelom Bulan 2 Ni.Hehe3


‘’Petua Untuk Merapatkan Hubungan Dengan Keluarga Suami…’’


Sering Mengunjungi Ibu Mentua (Jika Tidak Tinggal Serumah) Atau Sering Memerhatikan Ibu Mentua (Jika Tinggal Serumah). Ini Boleh Dilakukan Bersama Suami Atau Tidak Dan Sekali Gus Mampu Mengeratkan Hubungan Sekeluarga..

Mengalah Dalam Sesuatu Perkara Kerana Ibu Mentua Umumnya Sudah Berusia Lanjut. Mereka Lebih Sering Menggunakan Emosi Daripada Logik. Ibu Mentua Akan Gembira Jika Anda Kelihatan Ada Kemahuan Untuk “Menaunginya” Dan Kelihatan Anda Mahu “Berkongsi Kasih” Dengannya Selain Anak Perempuannya.

Kembangkan Hubungan Dengan Mentua Perempuan. Ini Boleh Dilakukan Misalnya Dengan Mengajaknya Berbincang Mengenai Hal Yang Diminatinya, Sering Mengunjunginya, Mengajaknya Berjalan Dan Belajar Untuk Melayannya Seperti Ibu Kandung Sendiri. Hal Ini Dapat Membuatkan Ibu Mentua Berasa Anda Memang Memerhatikannya Sebagai Individu Yang Dihargai Dan Diperlukan.



Babitkan Mentua Perempuan Dalam Setiap Aktiviti Yang Dilakukan Jika Perlu. Misalnya, Minta Tolong Menemani Anda Dan Anak Berjumpa Doktor Atau Pergi Berbelanja Bersama.


Fokuskan Perhatian Anda Terhadap Hal Yang Baik Dalam Dirinya Dan Cuba Untuk Menghindari Pemikiran Negatif Mengenai Dirinya. Misalnya, Anda Tahu Dia Adalah Tukang Masak Yang Hebat. Dari Sudut Positif, Anda Dapat Belajar Masak. Mungkin Anda Dapat Menyediakan Makanan Lazat Ketikahari2 Yang Istimewa. Secara Tidak Langsung, Anda Meringankan Beban Ibu Mentua


Jangan Mengkritik Ibu Mentua Di Depan Suami. Walau Bagaimana Sekalipun Perangai Ibu Mentua, Dia Tetap Ibu Kandung Isteri Anda. Ingatlah Pertalian Darah Tidak Akan Hilang Sampai Bila-Bila. Kata-Kata Negatif Mengenai Ibu Kandungnya Hanya Akan Membuat Suami Semakin Menjauh Daripada Anda.


Walaupun Ibu Mentua Bukan Sahabat Tetapi Cubalah Selami Bahawa Kehadiran Anda Dalam Kehidupan Suami Sudah ‘Memisahkan’ Dia Dengan Anak Yang Dicintainya.


Banyakkan Bersabar Dan Berdoa. Jangan Anggap Ibu Mentua Tidak Suka Kepada Anda. Kaji Diri Sendiri Kerana Mungkin Selama Ini Ada Sikap Anda Memang Membuatkan Ibu Mentua Tidak Berkenan Walaupun Bukan Bererti Anda Harus Mengubah Keperibadian Diri. Jika Anda Bersabar, Selalu Memberi Perhatian Dan Bersikap Positif Terhadap Ibu Mentua, Lama-Kelamaan Ibu Mentua Juga Lembut Hatinya.Jika Perilaku Negatif Dibalas Negatif, Hasilnya Sering Tidak Menggembirakan. Kebanyakan Perempuan Mungkin Tidak Pandai Menyesuaikan Diri Dengan Ibu Mentua Lalu Mereka Menghindarkan Diri Daripada Ibu Mentua Yang Dianggap Merumitkan Suasana.


Istilah “Mengambil Hati Mentua” Itu Ternyata Ada Benarnya. Fikirkan Suatu Hari Nanti,Suami Anda Akan Menjadi Seorang Bapa Mentua Apabila Anda Menerima Menantu Perempuan.


Rajin Mengambil Hati, Mungkin Dengan Membelikan Hadiah. Misalnya, Belikan Sepasang Kain. Lihatlah Reaksi Di Wajahnya.


P/S:Korang Yang Ada Pengalaman Ni Kongsi2 La Gan Aku..Aku Nak Tambah Ilmu Di Dada Ni Ahaksss..Sbb Aku Nak Jadi Menantu Dan Isteri Yang Solehah Gitu.ops kira menantu kesayang la.…

*ujie*

12 ulasan:

ONE ZABA berkata...

wah, sempat jugak ngata bakal mak mentua tu. Belikan je emas seguni...mesti mak mentua sayang giler punya

@cu SaYaNg berkata...

bagus..bagu...
letak petua banyak2 kat blog ujie nie
nnt acu tuntut kat sini je
hahahhaa

::SRISUFI:: berkata...

salam cik ujie...

hihihihihi...panjang sengeh sri ni...

kata mak...nak jaga suami/ikat mak mertua ke somthing like that lah kena jaga makan minum nya...air tangan tu yg berkat...dgn iringan selawat...

wat mak mertua tu...kena pandai wat kelakar kot..n mesti pandai cari buah pikiran mau sentiasa bicara...ngee

mak pun senyum baca nih...

heheh

selamat menempuh alam suri

;)

ujie berkata...

one z..wa..tu rasuah nama yer ha3.abis klu x der duit x der emas mak mertua x sayang la ek...huhu3

ujie berkata...

acu..ilmu untuk turun-menurun.sok2 anak2 leh baca n3 ni gak..he3

ujie berkata...

sri..thanks..bg petua tu..he3..sri ni mmg calon isteri n menantu yang solehah kan..hu3..

kuIna Jentayutiara berkata...

sy suka tgk drama Menantu VS Mertua...
ngeh3x

ujie berkata...

kuina...ha..drama tu mmg ujie suka tgk he3

Monkey D Luffy berkata...

hehehe... menuntut ler ilmu banyak2

ujie berkata...

luffy...awk pon kena tuntut ilmu gini..kan nak berbini muda hehehe

dayenpanthepucca berkata...

ohoho...kena copy paste ne tuk bekalan masa hadapan. keh3...

ujie berkata...

dayen..ada angan2 ker..he3 bagus2

Aku & Kamu Abadi Selama yee..

nuffnang